Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian temui pemimpin Bahrain dalam lawatan ke Timur Tengah

Mar 19, 2022 | 11:12 PM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, telah mengesahkan hubungan mesra antara Bahrain dan Singapura dalam pertemuannya dengan pemimpin Bahrain pada Sabtu (19 Mac), di permulaan lawatannya ke Timur Tengah.



Dalam rangka lawatan itu, Dr Balakrishnan telah menemui Penasihat Keselamatan Negara Bahrain, Mejar Jeneral Shaikh Nasser Hamad Al Khalifa; Penasihat kepada Raja Bahrain bagi Ehwal Diplomatik, Shaikh Khalid Bin Ahmed Al Khalifa; dan Menteri Ehwal Luar Bahrain, Dr Abdullatif Bin Rashid Al Zayani, secara berasingan.







Semasa pertemuan itu, Menteri Balakrishnan mengesahkan hubungan mesra antara Singapura dan Bahrain, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan.



“Sebagai negara yang kecil, Singapura dan Bahrain mengongsi kepentingan bersama dalam mempromosikan kerjasama berbilang hala serta aturan global berdasarkan peraturan.



“Kami mengongsi kepercayaan dalam prinsip kedaulatan, kebebasan politik dan keutuhan wilayah bagi semua negara, kecil atau besar,” kata MFA.



Dr Balakrishnan dan pemimpin Bahrain juga membincangkan perbincangan yang meluas berhubung perkembangan di Asia dan Timur Tengah.







Dr Balakrishnan juga melahirkan harapannya agar perjanjian Abraham Accords, akan menyumbang secara positif kepada kestabilan dan keamanan rantau tersebut.



Perjanjian itu ditandatangani Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain pada 2020 untuk membentuk hubungan rasmi dengan Israel.



Dr Balakrishnan akan berangkat dari Bahrain dan mengunjungi Wilayah Palestin pada Ahad, dan turut dijangka melawat Israel.



Beliau ditemani Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam dan pegawai dari MFA dalam lawatan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >