Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VTL darat rentas koswe SG-M’sia dilancar Isnin; pelawat perlu naiki bas khas

Tiket bas mula dijual 8 pagi Khamis (25 Nov)

Nov 24, 2021 | 04:00 PM



SINGAPURA dan Malaysia akan melancarkan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) merentas koswe mulai Isnin (29 Nov) bagi membolehkan warga yang kerja di luar negara untuk pulang ke negara masing-masing.

Dalam fasa pertama VTL (Darat) itu, pelawat perlu menaiki bas khas VTL yang disediakan, umum Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura pada Rabu (24 Nov).





Pelawat harus merupakan warga, penduduk tetap (PR) atau pemegang pas jangka panjang (LTPH) negara yang mereka masuki.

Ini bermakna kemasukan ke Singapura menerusi VTL (Darat) adalah untuk warga Singapura, PR Singapura, dan LTPH Singapura.

Kemasukan ke Malaysia adalah buat warga Malaysia, PR Malaysia dan LTPH Malaysia.

Khidmat memasuki Singapura akan dikendali Transtar Travel Pte Ltd, yang berangkat dari Terminal Bas Larkin Sentral dan akan tiba di Pusat Tukaran Bas Sementara di Woodlands; dan Handal Indah Sdn. Bhd (juga dikenali sebagai Causeway Link), yang berangkat dari Larkin dan akan tiba di Terminal Queen Street.





Transtar dan Handal masing-masing akan mengendali 32 perjalanan setiap hari (16 Malaysia-Singapura dan 16 Singapura-Malaysia), dengan kapasiti setiap bas 45 orang.

Tiket bas mula dijual pada Khamis (25 Nov) 8 pagi. Harga bagi orang dewasa ialah $15 di Singapura atau RM20 di Malaysia, dan bagi kanak-kanak ialah $8 atau RM10.

Tiket boleh didapati di laman Transtar Travel: https://transtar.travel, dan Handal Indah (Causeway Link): https://www.causewaylink.com.my.



Laporan penuh di Berita Harian esok (25 Nov).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >