Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VTL melalui Koswe diperluas mulai 20 Dis; SG tetap awasi Omicron

Protokol ujian bagi mereka masuki SG tidak berubah termasuk rejim ujian ART 7 hari
Dec 15, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai penduduk Singapura dan Malaysia kini boleh merentasi sempadan selepas kedua-dua negara memperluaskan lagi Skim Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) melalui Koswe untuk lebih ramai kumpulan penduduk.



Mulai 20 Disember ini, rakyat Singapura yang telah divaksin dibenarkan memasuki Malaysia, begitu juga bagi rakyat Malaysia yang ingin ke Singapura, tanpa kuarantin.



Meskipun rancangan pembukaan semula diteruskan, Singapura akan tetap mengambil langkah bersiap sedia bagi mengharungi gelombang varian Omicron.



Ini termasuk meningkatkan kapasiti hospital dan skala ujian Covid-19.



Mengenai VTL darat Singapura-Malaysia, buat masa ini, hanya warganegara, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang negara yang mereka masuki boleh melakukan perjalanan melalui skim ini yang bermula pada 29 November lalu bagi kedua-dua perjalanan darat dan udara.



Mereka perlu mengambil ujian Covid-19 sebagai sebahagian daripada proses pelepasan imigresen.



Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata protokol ujian semasa di Singapura dan Malaysia tidak akan berubah.



"Semua pelawat yang memasuki Singapura perlu mematuhi protokol ujian sedia ada dan langkah pengurusan selamat, termasuk rejim Ujian Pantas Antigen (ART) Covid-19 selama tujuh hari selepas ketibaan," kata MTI.



Bercakap di sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, berkata langkah terbaru ini akan membolehkan penduduk dari kededua negara mengunjungi ahli keluarga yang duduk di seberang tambak.



Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa langkah membuka sempadan untuk semua ini bukanlah satu langkah yang bebas tanpa kawalan, seperti keadaan sebelum pandemik.



"Malah dengan VTL, setiap pelawat masih tertakluk kepada rejim ujian yang sangat ketat, iaitu dengan mengambil ujian antigen pantas (ART) dan juga ART yang diselia supaya kami dapat memastikan terdapat check and balance (periksa dan imbang) untuk membolehkan kami membuka sempadan dengan selamat," ujar Encik Gan.



Beliau menambah pihak berkuasa akan terus memantau permintaan bagi skim perjalanan bebas kuarantin ini sambil menyemak dan membuat penyesuaian sewajarnya, selepas mengambil kira keadaan kesihatan awam di Singapura dan Malaysia.



Sementara itu, Singapura telah mengesan sebanyak 16 kes varian Omicron sejauh ini, yang termasuk 14 kes import dan dua kes tempatan yang merupakan kakitangan perkhidmatan penumpang lapangan terbang Changi.



Kesemua mereka, yang telah lengkap divaksin, tanpa atau hanya menunjukkan simptom ringan.



Menurut MOH, tiga kes telah pun dibenarkan pulang sementara 13 lagi masih menjalani rawatan di wad pengasingan Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



"Setakat ini, semua kes mempunyai interaksi minimum dalam masyarakat sebelum diasingkan, dan kami belum mengesan sebarang kes yang terkait dalam masyarakat," kata MOH lagi.



Laporan lanjut: Keupayaan ujian, ruang hospital SG dipertingkat demi tangani gelombang Omicron




SEKILAS PENGUMUMAN MTF



  • Mulai 1 Februari ini, Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) diperluas, liputi lebih banyak tempat dan acara. Hanya warga yang lengkap divaksin, yang tidak layak divaksin akibat masalah kesihatan, atau telah pulih daripada Covid-19, serta kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, dibenar masuk.

  • Semua acara, tanpa mengira bilangan peserta, mesti laksanakan VDS.

  • Sekitar 50 peratus tenaga kerja yang bekerja dari rumah (WFH) boleh kembali ke pejabat mulai 1 Januari. Hanya pekerja yang lengkap divaksin atau telah pulih daripada Covid-19 boleh kembali ke tempat kerja.

  • Masa pemerhatian selepas vaksinasi untuk dos vaksin penggalak bagi vaksin mRNA akan dikurangkan daripada 30 minit kepada 15 minit.

  • MOH akan tambah pusat vaksinasi untuk beri vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada akhir bulan ini

  • MOH akan terus beri dos penggalak kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

  • MOH bincang dengan MOE bagi dasar libatkan status vaksinasi kanak-kanak di bawah kumpulan usia tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >