ORANG ramai berpeluang menyumbang maklum balas tentang kelakuan pengguna jalan raya yang baik atau buruk kepada Polis Trafik (TP) menerusi satu wadah baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Komander Polis Trafik (TP), Penolong Pesuruhjaya Polis (AC) Cheang Keng Keong, berkata portal dalam talian itu dijangka siap dalam pertengahan pertama tahun ini.