Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wadah hurai pertikaian bagi pemegang polisi Bersepadu Shield

Nov 10, 2021 | 05:30 AM



PEMEGANG polisi di bawah pelan insurans kesihatan Bersepadu Shield yang dikenakan bayaran berlebihan oleh doktor sehingga menimbulkan pertikaian boleh membuat aduan di bawah satu proses baru.



Di bawah wadah Proses Penyelesaian Tuntutan Klinikal (CCRP), ia berharap menghuraikan pelbagai pertikaian yang timbul.



"Walaupun pihak yang bertikai boleh merujuk kes kepada badan pengawalan untuk tindakan selanjutnya, CCRP telah ditubuhkan dengan tujuan memudahkan proses huraian yang baik,'' kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, dalam sidang akhbar kelmarin.



Proses huraian tuntutan baru itu akan ditadbirkan oleh sebuah Akademi Perubatan Singapura dan akan menjadi saluran utama bagi pertikaian di bawah Pelan Bersepadu Shield.



Sekiranya doktor didapati telah mengenakan bayaran berlebihan atau memberi khidmat berlebihan, Akademi Perubatan akan memberi panduan kepada doktor itu, dengan seorang pengamal kanan dalam bidang yang sama memberikan kaunseling untuk membantu doktor tersebut, kata ketua akademi itu, Profesor Teo Eng Kiong.



Ini juga adalah secara sukarela dan tertakluk kepada persetujuan doktor.



Dr Koh berkata proses penyelesaian itu "menutup jurang" dalam usaha menyelesaikan pertikaian.



Hanya pihak yang membuat aduan perlu membuat bayaran - $50 bagi pesakit, $200 bagi doktor dan $500 bagi syarikat insurans atau institusi perubatan - dengan sebahagian besar kos ditanggung oleh kementerian.



Ia menjangkakan melihat sekitar 50 hingga 60 kes sedemikian setahun dan menjangkakan kos antara $200,000 dengan $400,000 setahun.



Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan perubahan itu sebagai sebahagian daripada langkah untuk menangani isu berkaitan insurans kesihatan.



Sementara itu, seramai 2.85 juta orang di sini dengan pelan insurans bersepadu atau integrated shield plans (IP) tidak lama lagi akan mempunyai pilihan doktor pakar yang lebih luas dalam panel tujuh syarikat insurans yang menawarkan pelan sedemikian.



Pemegang polisi dan doktor sering mengadu tentang bilangan kecil pakar swasta dalam panel beberapa syarikat insurans. Pada awal tahun ini, tujuh syarikat insurans itu mempunyai antara 190 dengan 409 doktor sektor swasta dalam panel mereka.



Kini, empat daripada mereka - AIA, Aviva, AXA dan Great Eastern Life - telah komited untuk mempunyai sekurang-kurangnya 500 pakar dalam panel mereka menjelang hujung tahun ini; NTUC Income dan Prudential akan mempunyai sekurang-kurangnya 450; dan Raffles Health Insurance akan mempunyai 250.



Ada yang telah mencapai sasaran mereka.



Hingga hujung Ogos, 79 peratus daripada 1,235 pakar sektor swasta yang layak berada dalam sekurang-kurangnya satu panel insurans, naik daripada 70 peratus pada awal tahun. Tidak semua pakar mungkin mahu berada dalam panel sedemikian kerana ia selalunya termasuk kadar pembayaran yang dirunding terlebih dahulu.



MOH menubuhkan Jawatankuasa Insurans Penjagaan Kesihatan Pelbagai Hala April lalu untuk melihat cara menangani pertikaian dengan lebih baik, dan mengembangkan saiz panel syarikat insurans IP. Kementerian itu kini telah menerima saranan jawatankuasa tersebut.



IP, yang disepadukan dengan MediShield Hayat asas, melindungi pesakit bagi rawatan perubatan swasta, jadi mereka hanya perlu membayar potongan tahunan - antara $1,500 dengan $5,250 bergantung kepada kelas penjagaan dan umur pesakit - dan 10 peratus daripada baki bil.



Mengulas mengenai perubahan itu, Persatuan Insurans Hayat Singapura (LIA) dalam kenyataannya berkata ia menyokong penubuhan Wadah Proses Penyelesaian Tuntutan Klinikal (CCRP) itu.



"Ini merupakan langkah penting ke arah kemampanan jangka panjang IP di Singapura. Pendekatan berstruktur yang disediakan oleh CCRP boleh membantu memastikan penyelesaian betul dan konsisten bagi pertikaian tuntutan IP berkaitan klinikal, yang akan memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >