Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wadah media sosial perlu patuhi set peraturan baru tak lama lagi

Ia dijangka libatkan wadah seperti Facebook, TikTok dan Twitter
Jun 21, 2022 | 05:30 AM



BAGI mengurangkan risiko terhadap kandungan dalam talian yang merbahaya, wadah media sosial akan perlu melaksanakan piawaian masyarakat dan proses moderasi kandungan di bawah set peraturan Internet yang baru.



Peraturan baru itu dijangka melibatkan wadah seperti Facebook, TikTok dan Twitter.



Antaranya, wadah tersebut perlu memastikan perlindungan tambahan bagi pengguna bawah usia 18 tahun, termasuk bahan yang digunakan untuk membantu pengguna atau ibu bapa mereka mengurangkan pendedahan mereka kepada bahan tidak sesuai dan interaksi yang tidak diingini.



Semalam, Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) berkata ia telah menjalankan runding cara dengan industri teknologi sejak awal bulan ini, dan dan akan menjalankan konsultasi awam pada awal bulan depan.



Kod Amali terkini bagi Keselamatan Dalam Talian dan Kod Kandungan bagi Perkhidmatan Media Sosial bertujuan mengekodkan piawaian ini dalam undang-undang dan memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap wadah yang gagal memenuhi keperluan tersebut.



Kod-kod tersebut dijangka ditambah dalam Akta Penyiaran menyusuli konsultasi tersebut.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, mengumumkan sebahagian butiran peraturan baru yang disarankan itu dalam catatan Facebook beliau semalam.



"Terdapat pertumbuhan gerakan sejagat yang mendorong kepada peningkatan keselamatan dalam talian, mengenal pasti bahaya yang sealiran dengan kebaikan apabila orang ramai libatkan diri dalam media sosial.



"Banyak negara telah memperkenalkan atau dalam proses memperkenalkan peraturan bagi melindungi pengguna terhadap bahaya dalam talian," katanya.



Cik Teo berkata pendekatan yang diinginkan Singapura dalam mengukuhkan pendekatan peraturan dalam taliannya ialah menerusi kaedah konsultatif dan kolaboratif.



"Ini bermakna belajar daripada pengalaman negara lain, penglibatan syarikat teknologi mengenai perkembangan dan inovasi teknologi terkini serta memahami keperluan masyarakat kita.



"Ini akan membenarkan kami membangunkan keperluan yang boleh dilaksanakan menerusi teknologi, boleh dikuat kuasakan secara berkesan dan sesuai dengan tujuan kami," katanya.



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan diperkasa untuk mengarahkan perkhidmatan media sosial untuk menanggalkan akses kepada kandungan dalam talian yang merbahaya bagi pengguna Singapura.



Dan wadah-wadah tersebut perlu mengeluarkan laporan akauntabiliti tahunan untuk diterbitkan dalam laman IMDA.



Laporan tersebut perlu melibatkan metrik untuk menunjukkan keberkesanan sistem dan proses mereka.



Ditanya apakah kesan yang boleh dihadapi wadah degil, kementerian itu berkata adalah terlalu awal untuk memberikan butirannya memandangkan ciri-cirinya sedang dihasilkan dengan kerjasama industri teknologi.



Kali pertama kod-kod tersebut disebut adalah semasa Perbahasan Belanjawan Mac lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >