Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wak Tanjong anjur Seminar Sastera dan Bahasa Melayu

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



MADRASAH Wak Tanjong Al-Islamiah (MWTI) bakal menganjurkan Seminar Sastera dan Bahasa Melayu yang akan menampilkan penceramah seperti pemilik bersama Unggun Creative, Dr Noridah Kamari, dan pensyarah kanan, Institut Pendidikan Singapura (NIE), Dr Mohd Aidil Subhan.



Seminar pada 22 November itu akan merangkumi dua ucaptama yang akan menyentuh tentang pengajaran sastera Melayu dan bahasa Melayu secara am.



Dua topik pembentangan ialah 'Menyemai Rasa Cinta Terhadap Sastera Dalam Kalangan Pelajar' oleh Dr Noridah dan 'Stilistika Sastera & Pengajaran Penulisan: Teknik Berpaksikan Contoh' oleh Dr Aidil.



Pembentangan Dr Noridah, yang juga seorang penerbit, pensyarah dan pengkaji bebas, akan memanfaatkan pendekatan tiga sfera oleh V.I Braginsky - sfera keindahan, sfera faedah dan sfera rohani - dalam meneliti karya sastera.



Fokus akan diberi pada karya puisi dan prosa tradisional untuk meneliti kepentingan, peranan dan pengaruh kesusasteraan terhadap kehidupan manusia.



Melalui penghayatan tiga sfera itu dalam karya sastera, ia bertujuan memupuk rasa cinta dalam kalangan pembaca, khususnya pelajar.



Pembentangan Dr Aidil pula akan menyelongkar bagaimana pendekatan berpaksikan contoh, atau modelling, dapat dilaksana oleh guru dan pelajar melalui teks sedia ada.



Pendekatan berpaksikan contoh merupakan satu pendekatan pengajaran penulisan berdasarkan teori behavioris.



Antara asas pendekatan ini ialah keperluan banyak membaca dan mencontohi teks bacaan baik.



Seminar itu adalah acara penutup tirai program Pusat Kecemerlangan dan Kolaborasi (COEC) bagi Bahasa Melayu dan Sastera madrasah tersebut untuk tahun ini.



Jabatan Bahasa Melayu MWTI menggalas tanggungjawab sebagai COEC itu untuk semua madrasah sepenuh masa bagi 2021 hingga 2023.



Pusat itu bertujuan berkongsi ilmu untuk pembangunan profesional guru Bahasa dan Sastera Melayu menerusi bengkel dan program dan menyediakan ruang bagi kolaborasi antara guru madrasah dan pendidik lain di Singapura.



Seminar tersebut dibuka kepada guru Bahasa Melayu dan sastera serta peminat sastera. Mereka yang ingin menyertainya boleh mengirimkan RSVP kepada alamat e-mel nurulhuda@mwti.edu.sg sebelum 15 November.




SEMINAR SASTERA DAN BAHASA MELAYU



Tarikh:Selasa, 22 Nov



Masa: 9 - 11.30 pagi



Tempat: Dewan Kuliah, Aras 4, Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah



Peserta: Guru Bahasa Melayu dan sastera serta peminat sastera



Cara penyertaan: Kirim RSVP kepada nurulhuda@mwti.edu.sg



Tarikh tutup: 15 Nov




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >