Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Walau bazar sudah tutup, suasana Raya masih meriah

Jun 19, 2018 | 05:30 AM



WALAUPUN bazar Raya Geylang Serai sudah pun ditutup, kemeriahan Hari Raya Aidilfitri masih dapat dirasakan di kawasan tersebut.



Ini meskipun kerja-kerja menurunkan khemah bazar di sekitar Singapura, termasuk Geylang Serai, giat dilakukan seawal hujung minggu lalu.



Semalam, ketika Berita Harian (BH) mengunjungi Wisma Geylang Serai (WGS), kelihatan beberapa pekerja sedang sibuk menyusun rangka-rangka khemah, seperti palang dan tiang serta papan yang sebelum ini menjadi lantai bazar sebelum mengangkutnya ke dalam lori.



Tahun ini, buat julung-julung kalinya, WGS turut menyerikan lagi sambutan Ramadan di kawasan Geylang Serai dengan menganjurkan Pameran Asean Street di Bazar Hari Raya.



Pengurus Besar WGS, Encik Mulyadi Ahmad, berkata meskipun WGS baru dibuka, beliau terharu dengan sambutan yang diterima dari orang ramai terutama masyarakat Melayu/Islam.



"Dengan adanya WGS, ia memberikan sebab buat orang ramai mengunjungi Geylang Serai di bulan Ramadan yang lalu. Kami telah menyediakan pelbagai program yang menarik.



"Di samping itu, maklum balas yang diterima juga amat positif dan menggalakkan.



"Kami akan menimbangkan setiap maklum balas ini agar dapat memberi khidmat terbaik kepada masyarakat," kata Encik Mulyadi.



Tidak seperti tahun sebelumnya, Geylang Serai juga tidak akan 'kesunyian' pada musim Hari Raya ini.



Encik Mulyadi berkata, WGS telah merancang program khas sempena sambutan Aidilfitri.



"Antara acara khas yang bakal diadakan ialah pementasan Gentarasa 2018 dan tayangan filem Hari Raya.



"Acara kebudayaan dan masyarakat ini dapat dinikmati setiap pengunjung WGS," tambah beliau.



Bazar Raya di serata Singapura tahun ini yang menawarkan sebanyak 2,400 gerai telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengunjung.



Peniaga dan juga pengendali bazar yang ditemuramah BH rata-rata menyifatkan perniagaan di bazar Raya tahun ini lebih baik, walaupun sewa agak tinggi.



Pemilik Adex Group, yang menganjurkan Bazar Lambak Raya di Big Box di Jurong East, Encik Abdul Rani Mustafa, berkata:



"Kami dapat melihat bilangan pengunjung ke Bazar Lambak Raya turut meningkat.



"Alhamdulillah, sekitar 90 peratus peniaga yamg membuka gerai di bazar ini berjaya meraih keuntungan... ada yang mencecah hingga $50,000 dalam jangka masa sebulan ini," kata Encik Abdul Rani, yang menganjurkan bazar Ramadan.



Pereka fesyen, Cik Fatimah Mohsin, yang mengendalikan gerai menjual pelbagai barangan perhiasan rumah, PropupStore, turut mendapati perniagaannya lebih rancak.



Cik Fatimah yang menyertai Bazar Hari Raya di Our Tampines Hub (OTH) dan Big Box, selain menganjurkan bazar Celeb Raya di City Plaza, berkata:



"Alhamdulillah, perniagaan saya ini boleh dikatakan berjaya di bazar. Mungkin barangan yang saya tampilkan merupakan barangan 'niche' atau khusus yang jarang dijual di bazar," ujarnya.



Laporan Salam Lebaran:



Warna-warni sambut Hari Raya Aidilfitri



Tunjukkan sikap 'rahmah' semasa Raya



SelebRAYA S'pura, M'sia



Ustaz: Pelbagai cara beraya, asalkan patuh hukum, etika



Siti Nurhaliza kunjungi pemimpin kanan Pakatan Harapan



Lebih 19j warga Indonesia balik kampung




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >