Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN: F&B RANCAK BILA RAMADAN TIBA

Walau dibuka ketika pandemik melanda, gerai nasi padang kekal popular

Apr 18, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR dua tahun lalu, gerai nasi padang Nenda di Clementi dibuka di tengah-tengah suasana mencabar pandemik Covid-19.



Kini, setelah banyak sekatan Covid-19 dilonggarkan, gerai yang terletak di kedai kopi Blok 420A, Clementi Avenue 1 itu terus mendapat sambutan.



Malah penjualan pada Ramadan tahun ini juga meningkat 20 peratus berbanding tahun lalu.



"Ini mungkin kerana orang ramai dibenarkan untuk berhimpun dalam kumpulan lebih besar.



"Kami juga melihat lebih ramai orang yang makan di luar sedang sekatan untuk makan di luar dilonggarkan," kata pemilik bersama Nenda, Encik Mohamad Haikal Mohamed.



Namun, memandangkan gerai itu beroperasi dari kedai kopi, kebanyakan pelanggannya masih memilih untuk makan di rumah, tambahnya.



Perniagaan itu, yang memanfaatkan wadah penghantaran Grab dan foodpanda, juga gembira melihat pertumbuhan sihat dalam tempahan dalam talian.



"Cabarannya adalah untuk memenuhi semua tempahan kami tepat pada masanya dalam tempoh yang singkat agar makanan kami masih baik apabila sampai kepada pelanggan.



"Kadangkala ia mencabar kerana kami kekurangan tenaga pekerja tetapi kami cuba sedaya upaya," kata Encik Haikal.



Beliau berkata terdapat kemerosotan sedikit dalam tempahan penghantaran makanan untuk tengah hari sedang lebih ramai orang kini mungkin makan di luar.



Namun, dalam bulan Ramadan ini, gerai itu - yang turut menyajikan nasi ambeng dan nasi kerabu atas dulang - melaporkan terdapat permintaan yang baik bagi tempahan penghantaran makanan untuk juadah iftar.



Gerai Nenda ditubuhkan pada 2020 oleh Encik Haikal dan Encik Mohammad Farid Mohd Yusof, yang kededuanya sebelum ini mempunyai berpengalaman bekerja dengan kedai makanan yang lebih berkonsep barat.



Namun, mereka menubuhkan gerai nasi padang dan nasi ambeng itu dengan tujuan meningkatkan martabat makanan tradisional.



Nama di sebalik gerai itu juga satu penghormatan kepada datuk nenek mereka, dan menggabungkan resipi turun-temurun daripada dua keluarga pemilik perniagaan itu.



Kini, dengan lebih banyak pelonggaran sekatan Covid-19, perniagaan itu berharap keadaan akan kembali menjadi biasa.



"Sedang Singapura dibuka lagi, saya berharap budaya warga Singapura yang menjalin ikatan kukuh menerusi hidangan makanan akan kembali seperti dahulu," ujar Encik Haikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >