Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Walau masjid dibuka, risiko Covid-19 masih ada, kata pakar perubatan

Jun 22, 2020 | 06:47 PM



Berikut kenyataan Dr Norhisham Main, Konsultan Kanan, Perubatan Geriatrik, Hospital Besar Ng Teng Fong serta ahli Kumpulan Bertugas Islam Menentang Covif-19 pimpinan Encik Masagos Zulkifli, di dalam sidang media Majlis Ugama Islam (Muis) pada 21 Jun 2020:



Nasihat saya berdasarkan perbincangan dengan rakan-rakan sekerja saya daripada bidang penyakit berjangkit dan juga rujukan daripada rencana ilmiah. Ketika kita memasuki fasa kedua, fasa peralihan selamat, kita mesti ingat bahawa bahaya jangkitan virus dan terbentuknya kelompok baru masih wujud. Selagi sebuah vaksin masih belum ditemui, kita masih terus berhati-hati.



Bahaya kepada masyarakat, terutama kumpulan yang terdedah atau vulnerable masih wujud. Keadaan ini lebih teruk kerana kita dapati bahawa kajian-kajian mendapati bahawa golongan yang pre-simptomatik tidak menunjukkan apa-apa tanda atau simptom penyakit. Namun mereka masih membawa virus dan mungkin boleh menjangkiti orang lain tanpa mengetahuinya. Dan biarpun mereka tidak ada niat untuk menjangkiti orang lain.



Lantas penting kita berjaga-jaga sambil kita memulakan kegiatan harian kita termasuk pergi ke masjid dan untuk menjalankan ibadah kita. Kita mesti mempertahankan diri kita dan juga untuk mempertahankan orang di keliling kita.



Ada beberapa perkara kita sudah terbiasa semasa di masjid yang mengikut kajian, membawa risiko dan bahaya jangkitan. Dari itu, perlu kita mengubah amalan kita demi mengurangkan risiko terjangkit dan menjangkiti. Ini menjadi lebih penting kerana kita kini dalam keadaan semakin ramai yang mula muncul –  memulakan kegiatan-kegiatan seharian semula dan mengunjungi ke masjid.



Kajian menunjukkan bahawa walau jika hanya seorang sahaja yang tidak mengamalkan amalan keselamatan ataupun ada sifat pre-simptomatik, ini boleh menyebabkan jangkitan. Dan kelompok baru pun akan timbul dan membawa bahaya kepada masyarakat kita.



Kita telahpun mengamalkan amalan selamat yang baru. Kita sekarang tidak lagi bersalaman, dan menggantinya dengan Salam Mufti. Kita sudah biasa menggunakan pembersihan tangan iaitu sanitizer, dan tidak lagi bersentuhan atau berpeluk apabila kita bertemu orang. Kita juga bawa barang peralatan solat peribadi seperti sejadah dan telekung. Amalan ini semua mengurangkan risiko kita menjangkiti melalui sentuhan dan kita patut meneruskan amalan ini.



Kita sudah pasti bahawa virus Covid-19 ini disebarkan melalui  aerosol. Kita juga patut meneruskan mengurangkan bahaya jangkitan dari segi aerosol dengan menggunakan pelitup muka, termasuk waktu kita lakukan solat kita. Kita juga harus mengelakkan daripada berbual semasa kita berjemaah di masjid.



Kajian menunjukkan bahawa aktiviti yang melepaskan aerosol seperti berbual, berzikir dan bernyanyi membawa bahaya jangkitan yang paling tinggi, dan sudah pernah terjadi kelompok jangkitan di pusat-pusat agama di serata dunia.



Lantas, di masjid-masjid, para imam, khatib dan bilal, akan berjarak jauh dari para jemaah dan menggunakan pelindung muka untuk mengurangkan bahaya sebaran aerosol. Sebagai jemaah, kita perlu menjaga jarak selamat dan harus beribadah di ruang yang ditandakan di masjid-masjid dengan jarak satu meter di antara saf-saf.



Lagi satu aktiviti yang tanpa sedar kita membawa risiko adalah apabila kita mengambil wuduk di khalayak ramai. Apabila kita berkumur-kumur dan membersihkan hidung dan mulut kita, masa itulah kuman yang sedia ada di rongga itu boleh terkeluar dan tersebar kepada sesiapa yang berdekatan seperti di tempat wuduk di masjid.



Dari itu, saya menggalakkan semua jemaah untuk datang ke masjid, bersiap dengan wuduk mereka. Setibanya di masjid, mereka harus menggunakan sanitizer untuk membersihkan tangan mereka sekali lagi. Sekiranya terpaksa mengambil wuduk di masjid, pihak masjid akan menyediakan tempat wuduk yang telah ditandakan dengan jarak-jarak selamat untuk para jemaah.



Jagalah jarak selamat ini dengan jemaah lain agar tidak menjangkiti dan tidak menjangkit orang lain. Sekali lagi setelah selesai mengambil wuduk, sebelum kita ke ruang solat, bersihkan tangan kita dengan menggunakan sanitizer lagi. Kita harus jangan lalai dan terus berhati-hati dalam segala amalan kita.



Saya juga ingin menekankan bahawa perbuatan kita sudah mengenal pasti kumpulan yang menghadapi risiko tinggi terjangkit COVID-19 kerana tubuh mereka tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan penyakit ini. Kami dapati bahawa warga emas, terutama sekali mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas, termasuk orang yang mempunyai penyakit pernafasan, mereka dikirakan boleh menghadapi bahaya tertinggi sekali dan ini mungkin mengancam nyawa mereka sekiranya mereka terkena penyakit COVID-19.



Dari itu, saya menggalakkan ahli kumpulan untuk mengikut nasihat Pejabat Mufti dan terus menjalankan ibadah di rumah dan terus menggantikan solat Jumaat dengan solat Zohor demi keselamatan diri sendiri.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >