SEJAK dibawa ibu bapanya menyaksikan pertunjukan penerbangan ketika berusia empat tahun, Encik Zahier Afiq Zainal Abidin bercita-cita menjadi juruterbang.
Oleh itu apabila mendapat tahu bahawa kursus diploma elektronik aeroangkasa di Politeknik Temasek menyediakan peluang mendapatkan Lesen Juruterbang Privet (PPL), beliau tidak teragak-agak menyertainya selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O'.