Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEJABAT PERDANA MENTERI

Wang tunai terus diguna walau kaedah e-bayaran diperluas

Penggunaan e-pembayaran oleh warga SG telah meningkat dengan stabil sejak beberapa tahun lalu: Ye Kung
Feb 27, 2021 | 05:30 AM



WANG tunai akan terus menjadi cara yang biasa dan mudah bagi urus niaga di Singapura, sedang pembayaran elektronik atau e-pembayaran terus digalakkan.



Menyatakan demikian di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Pejabat Perdana Menteri (PMO), Encik Ong Ye Kung, yang juga merupakan anggota lembaga Penguasa Kewangan Singapura (MAS), berkata:



"Kami sedang mendorong e-pembayaran kerana ia cekap, mudah dan hijau. Tetapi kami tidak menetapkan sasaran untuk menjadi masyarakat tanpa tunai. Wang tunai akan terus menjadi kaedah yang biasa dan mudah untuk berurus niaga."



Beliau berkata, penggunaan e-pembayaran oleh warga Singapura telah meningkat dengan stabil dalam beberapa tahun lalu.



Pandemik Covid-19 dan peningkatan dagang elektronik (e-dagang) telah mempercepatkan trend itu.



Pendaftaran bagi khidmat pemindahan wang segera PayNow, sebagai contoh, naik sebanyak 1.6 juta tahun lalu, menjadikan jumlah 4.9 juta pendaftaran.



Pendaftaran bagi Paynow (Korporat) pula naik dua kali ganda tahun lalu kepada sekitar 240,000 pengguna perniagaan.



Ini bermakna 80 peratus penduduk dan perniagaan kini menggunakan PayNow, kata Encik Ong, yang juga Menteri Pengangkutan.



Ini telah menaikkan jumlah urus niaga PayNow kepada lebih $5 juta bagi Disember lalu, iaitu dua kali ganda jumlah setahun sebelumnya.



"Kami menjangkakan peningkatan ini akan terus meningkat kerana pengguna juga kini boleh menghantar dan menerima pemindahan PayNow menerusi dompet elektronik bukan bank seperti GrabPay dan Singtel Dash," katanya.



Beliau menambah, penggunaan pembayaran kod QR oleh peniaga juga telah meningkat.



Sedang lebih ramai orang beralih daripada pembayaran tunai ke e-pembayaran bagi urus niaga harian mereka, penggunaan cek telah merosot.



Nisbah jumlah cek berbanding jumlah e-pembayaran telah turun daripada 32 peratus pada 2016 kepada 18 peratus pada 2019 dan seterusnya kepada 12 peratus tahun lalu.



Bilangan mutlak cek yang digunakan turun sebanyak 10 juta tahun lalu, penurunan tertinggi sejauh ini.



Nisbah pengeluaran wang tunai ATM berbanding e-pembayaran juga telah turun daripada 47 peratus pada 2016 kepada 24 peratus pada 2019, dan mencecah 17 peratus tahun lalu.



"Nisbah ini akan turun lagi sedang lebih ramai orang menjadi lebih biasa dengan e-pembayaran," katanya.



Bagaimanapun Encik Ong berkata warga Singapura yang tidak biasa atau menghadapi kesukaran dengan e-pembayaran tidak akan ditinggalkan di belakang.



Inisiatif Seniors Go Digital membantu warga emas meraih kemahiran melakukan urus niaga secara digital dan warga emas boleh menerima bimbingan peribadi di Pejabat Digital SG (SDO) di serata negara.



Encik Ong juga berkata adalah penting wang tunai terus diterima secara meluas di Singapura.



ATM akan terus disediakan di serata Singapura, katanya.



Bilangan tempat sedemikian malah telah meningkat kepada 4,100 daripada 3,700 lima tahun lalu.




"Kami menjangkakan peningkatan ini akan terus meningkat kerana pengguna juga kini boleh menghantar dan menerima pemindahan PayNow menerusi dompet elektronik bukan bank seperti GrabPay dan Singtel Dash."
- Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, yang merujuk kepada jumlah urus niaga PayNow yang telah meningkat kepada lebih $5 juta bagi Disember lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >