Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita 63 tahun maut akibat kebakaran di Punggol

Oct 16, 2018 | 09:31 AM



 



SETIAP hari, Cik Maimon Sharif akan menyediakan makan tengah hari buat tiga cucunya. 



Namun, cucunya kini tidak dapat merasa masakan hasil air tangannya lagi selepas suri rumah berusia 63 tahun itu meninggal dunia menyusuli satu kebakaran di dapur flatnya semalam (15 Oktober). 



Paramedik mengesahkan wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian sementara cucunya yang berumur tiga tahun pula telah diselamatkan dari sebuah bilik dalam flat di Punggol Central tersebut. 



Kanak-kanak itu berada dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK. 



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kebakaran itu melibatkan kandungan di dalam dapur itu dan api berjaya dipadamkan menggunakan satu jet air. 



Punca kebakaran sedang disiasat.



Salah seorang anak Allahyarhamha, Encik Hafizal Mohamad Tahir, yang tinggal di flat itu bersama Allahyarhamha, isteri dan anaknya berkata bapanya meninggal dunia sebulan lalu.



"Saya tak sangka beliau (ibu) akan pergi begini. Semuanya baik-baik saja semasa saya keluar bekerja," ujar pegawai IT berusia 36 tahun itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >