Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita 86 tahun mangsa korban Covid-19 terbaru

Wanita dikait dengan kelompok TTSH yang kini ditutup
Jun 10, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita Singapura berusia 86 tahun yang dikaitkan dengan kelompok Hospital Tan Tock Seng (TTSH) yang kini ditutup telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19, menjadikan jumlah kematian di sini seramai 34 orang.



Wanita itu telah dirawat di wad di Hospital Khoo Teck Puat bagi kondisi perubatan yang tidak berkait, kata Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin (8 Jun).



Suaminya, yang juga merupakan sebahagian daripada kelompok TTSH, dimasukkan ke hospital di Wad 9D di TTSH dari 20 hingga 22 April.



MOH berkata wanita itu belum menerima vaksin Covid-19, dan mempunyai sejarah kencing manis, kolesterol tinggi, darah tinggi dan keadaan melibatkan tiroid yang kurang aktif.



Beliau disahkan positif Covid-19 pada 30 April dan meninggal dunia Isnin lalu (7 Jun).



"Hospital Khoo Teck Puat telah menghubungi keluarganya dan menghulurkan bantuan kepada mereka," kata MOH.



Ini adalah kematian ketiga yang berkaitan dengan kelompok TTSH, yang ditutup Sabtu lalu setelah tidak ada kes baru yang ditambahkan selama 28 hari.



Dua kematian lain melibatkan seorang wanita Singapura berusia 88 tahun pada 1 Mei, dan seorang lelaki Singapura berusia 70 tahun pada 20 Mei.



MOH kelmarin (8 Jun) berkata terdapat tiga kes Covid-19 baru dalam masyarakat, satu berkait dengan kes terdahulu dan dua lagi tidak berkait.



Satu kes yang tidak berkait melibatkan pembantu runcit berusia 35 tahun yang bekerja di cawangan kedai roti Four Leaves di Ion Orchard dan AMK Hub.



Beliau menunjukkan simptom Sabtu lalu tetapi hanya mendapatkan rawatan perubatan pada Isnin lalu, dan disahkan positif Covid-19.



Satu lagi kes melibatkan pengurus kapal berusia 54 tahun di NYK Shipmanagement. Beliau sudah menerima vaksin penuh dan tidak menunjukkan simptom. Beliau diuji Isnin lalu sebagai sebahagian daripada pengujian rutin sebelum menaiki kapal dan diasingkan setelah disahkan positif. Keputusan ujian rutin yang dibuat sebelum itu adalah negatif.



Kes masyarakat yang berkait melibatkan penghuni di kemudahan untuk orang dewasa kurang upaya, MINDSville@Napiri, yang sudah divaksin dan tidak menunjukkan simptom.



Terdapat juga satu kes yang tidak berkait dari asrama pekerja asing, kata MOH.



Beliau seorang tukang paip berusia 31 tahun yang bekerja dengan Isogo Marine Engineering. Beliau tinggal di Avery Lodge di 2D Jalan Papan.



Terdapat juga lima kes yang diimport yang telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura, kata MOH. Dua daripadanya adaalah penduduk tetap yang pulang dari India.



Secara keseluruhan, sembilan kes baru disahkan kelmarin. Ini adalah jumlah kes Covid-19 harian terendah di Singapura sejak 17 Mac, di mana terdapat juga sembilan kes.



Ini menjadikan jumlah keseluruhan Singapura menjadi 62,219.



Seramai 42 pesakit telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat kelmarin.



Secara keseluruhan, 61,702 orang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19.



MOH berkata, 187 kes masih dirawat di hospital. Lagi 296 orang dengan simptom ringan dijaga di kemudahan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >