Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita buang bayi di tong sampah HDB mengaku bersalah

Jul 02, 2020 | 04:49 PM



WANITA yang dituduh membuang bayinya di tong sampah blok HDB dijangka mengaku bersalah pada 30 Julai.



Beliau, 26 tahun, dikatakan berbuat demikian di Bedok North pada 7 Januari dan dihadapkan ke mahkamah daerah pada Khamis (2 Julai).



Wanita itu ditangkap dan didakwa di mahkamah pada 15 Februari, dengan tuduhan mendedahkan bayinya kepada bahaya dan mengabaikan seorang kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.



Dia tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti bayi itu.



Pada 7 Januari lalu, dua pekerja pembersihan majlis bandaran sedang mengambil sampah apabila mereka mendengar bayi menangis di salah satu tong sampah tersebut.



Mereka mencari sumber tangisan itu dan terlihat seorang bayi lelaki yang berlumuran darah dalam beg plastik.



Polis menangkap pesalah yang disyaki pada 13 Februari selepas melihat gambar dari kamera polis serta rakaman video yang dikongsi oleh penduduk dan perniagaan di kejiranan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >