Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dakwa merana digigit pepijat dalam perjalanan bas dari KL ke Singapura

Dec 28, 2016 | 03:16 PM



SEORANG wanita yang pulang ke Singapura dari Kuala Lumpur menaiki bas ekspres mendakwa mengalami puluhan gigitan pepijat yang menyebabkan beliau gatal-gatal seluruh tubuh.



Eksekutif pentadbiran Natalie Yap, 29 tahun, menulis di Facebook tentang pengalaman tidak menyenangkan beliau dalam "bas urut kelas pertama" Starmart Express pada Isnin (26 Dis), dan menuntut syarikat itu membayar balik wang beliau serta perbelanjaan perubatannya.



Penduduk Tetap (PR) Singapura itu, yang pergi ke Kuala Lumpur bagi cuti Krismas, juga memuat naik gambar gigitan yang beliau alami dan pepijat itu di pos Facebook, yang tersebar dengan hampir 9,000 perkongsian.



"Saya ingin menyatakan kekecewaan mendalam saya dalam perjalanan tidak menyenangkan ini yang menyebabkan saya letih dari segi mental dan fizikal selepas terpaksa mengalami gigitan pepijat yang lama," tulisnya.



Bercakap kepada akhbar The Straits Times pada Rabu (28 Dis), Cik Yap berkata beliau dan 26 penumpang lain menaiki bas itu berhampiran Berjaya Times Square Kuala Lumpur pada kira-kira 4 petang Isnin.



Beliau tertidur serta-merta, tetapi bangun sejam kemudian kerana seluruh badannya gatal. Cik Yap terperanjat apabila menemui pepijat di tempat duduk dan pakaiannya.



Beliau kemudian mendekati pemandu bas untuk meminta menukar bas, tetapi diberitahu tidak ada bas lain kerana jadual sibuk disebabkan musim perayaan.



"Beliau enggan mengakui ada pepijat dalam bas itu dan membayangkan ia disebabkan pakaian saya kotor. Beliau juga memberitahu saya bahawa jika benar ada pepijat, mengapa hanya saya seorang mengadu dan penumpang lain tidak," kata Cik Yap, yang membayar kira-kira $70 bagi tiket ulang-alik itu.



Beliau kemudian berpindah ke tempat duduk di bahagian depan bas itu yang tidak mempunyai tali pinggang keledar, dan terpaksa mengalami perjalanan tidak selesa selama empat jam lagi hingga bas itu tiba di perhentian rehat.



Di situ, Cik Yap mendapati hampir semua penumpang lain turut mengalami gigitan pepijat.



Encik Ravindran, penolong pengurus di pejabat Starmart Express di Singapura, memberitahu akhbar itu menerusi telefon bahawa syarikat tersebut setakat ini menerima empat aduan mengenai kejadian itu.



Beliau berkata aduan pelanggan mengenai pepijat jarang berlaku.



"Kami sedang menyiasat dan akan membuat keputusan apakah kami harus memberi bayaran balik kepada penumpang terjejas yang memfailkan aduan kepada kami," kata Encik Ravindran.



"Masalah itu mungkin timbul kerana barang-barang penumpang," tambahnya.



Beliau berkata bas berkenaan sudah dikeluarkan daripada perkhidmatan.



Bas itu tiba di Singapura pada kira-kira 1 pagi. Cik Yap menganggarkan beliau mengalami lebih 30 gigitan pada lengan, kaki dan bahagian atas badan.



Beliau membayar $64 untuk berjumpa doktor yang memberinya ubat dan krim menghentikan gatal-gatal.



Cik Yap, yang pergi ke Malaysia kira-kira sekali sebulan, berkata itu kali terakhir beliau akan menggunakan bas Starmart Express selepas pengalaman buruk kedua dengan syarikat tersebut.



Tahun lalu, sebuah bas Starmart Express yang beliau naiki rosak beberapa kali, melambatkan perjalanannya selama berjam-jam.



Beliau menambah: "Pada mulanya saya memuat naik aduan pepijat itu di halaman Facebook Starmart, tetapi mereka menurunkannya. Jadi saya meletaknya di halaman saya untuk memberi amaran kepada rakan-rakan saya. Saya tidak menjangka ia tersebar begitu pantas.



"Selepas ia menjadi viral, penumpang Starmart lain memberitahu saya tentang pengalaman mereka digigit pepijat dalam bas mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >