Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita diberkas seludup kelengkapan wanita, minyak wangi palsu

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



SEORANG wanita berusia 28 tahun yang didakwa cuba menyeludup lebih 600 barangan palsu dengan nilai lebih $47,000 telah diberkas.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memintas barangan yang merangkumi lebih 50 botol minyak wangi dari sebuah negara asing pada 15 Januari lalu, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Selepas Kastam Singapura dan polis dimaklumkan hal itu, pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) melancarkan siasatan dan melaksanakan operasi serbuan di beberapa lokasi di Singapura.



Wanita itu kemudian diberkas.



Semasa operasi selama 14 jam itu, pegawai-pegawai penguatkuasaan telah merampas lebih 600 barang-barang yang dikatakan melanggar peraturan barang-barang perdagangan, termasuk minyak wangi, pakaian dan set alat tulis, kata pihak polis.



Siasatan polis sedang dijalankan.



Di bawah Akta Tanda Dagangan, mereka yang disabitkan kesalahan menjual atau mengedar barangan dengan tanda jenama palsu boleh didenda sehingga $100,000, dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.



Menurut kenyataan itu:



"Polis memandang serius terhadap pelanggaran hak cipta intelektual dan ingin mengingatkan orang ramai bahawa mengimport, mengedar dan menjual barangan palsu adalah kesalahan serius.



"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang meraih keuntungan dengan mengorbankan perniagaan dan pengguna."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >