Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita enggan guna pelitup di MBS ditawar ikat jamin $8,000, minta tuduhan digugurkan

Jun 08, 2021 | 05:08 PM



WANITA yang dirakam dalam video tular enggan menggunakan pelitup di pusat bersepadu Marina Bay Sands (MBS) ditawarkan ikat jamin $8,000 selepas dia ditahan di Institut Kesihatan Mental (IMH) selama dua minggu.



Akhbar The Straits Times melaporkan, Phoon Chiu Yoke, 53 tahun, berdepan dengan tujuh tuduhan termasuk gagal menggunakan pelitup di MBS, pusat makanan Newton, Clarke Quay Central, Bras Basah Complex dan di luar bangunan Mahkamah Negara.



Pada Selasa (8 Jun), Phoon memberitahu mahkamah empat kali bahawa dia adalah pegawai tentera laut dengan "kedudukan profesional yang utuh' dan meminta agar tuduhan ke atasnya digugurkan.



"Saya mempunyai kedudukan profesional yang sangat utuh, bukan sahaja di Singapura tetapi di peringkat sejagat...Saya berkhidmat buat tentera laut selama 12 tahun dan adalah pegawai pemerintah wanita pertama di situ," katanya.



Dia juga berkata terdapat "kesilapan prosedur" bagi pihak pegawai siasatan dan mendakwa dirinya ditangkap tanpa waran tangkapan.



Phoon juga bertanya jika dia boleh meminta ikat jamin sebanyak $3,000 tanpa penjamin kerana dia adalah pegawai pemerintah wanita pertama dalam Angkatan Tentera Laut dan telah menyumbang kepada Singapura "sebagai pengasas".



Pihak pendakwa telah meminta ikat jamin ditetapkan pada $10,000 dengan syarat Phoon mematuhi peraturan Covid-19 kini dan tidak melakukan kesalahan itu lagi apabila keluar dengan ikat jamin.



Mahkamah diberitahu Phoon mungkin berdepan dengan tuduhan lanjutan.



Phoon memberitahu mahkamah anggota keluarganya di Singapura sama ada sakit atau berusia dan kebanyakan temannya di luar negara.



Dia juga meminta penjelasan mengenai apakah peraturan Covid-19 yang dimaksudkan.



Hakim Daerah Janet Wang berkata peraturan itu adalah undang-undang yang perlu dipatuhi semua orang termasuk menggunakan pelitup di ruang awam.



Sebelum ini, Phoon dibicarakan kerana tuduhan di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19 kerana gagal menggunakan pelitup menutupi hidung dan mulutnya "setiap masa" di pusat makanan Newton antara 7.20 malam dengan 8 malam pada 8 Mei 2020.



Dia kemudian menghadiri sesi perbicaraan pada 24 Mei dan kelihatan membuka pelitupnya sejurus meninggalkan bangunan Mahkamah Negara pada hari itu.



Dia diberkas keesokan hari dan berdepan dengan lagi lima tuduhan di bawah akta yang sama dan satu lagi di bawah Akta Penyakit Berjangkit.



Salah satu tuduhan itu berhubung kait dengan peristiwa pada 15 Mei di mana Phoon dirakam dalam video tular dalam keadaan enggan menggunakan pelitup di MBS selepas diminta berbuat demikian oleh duta jarak selamat.



Dia mempersoal duta itu sama ada si duta memiliki lencana dan mewakili pihak tertentu.



Tuduhan ini adalah di bawah Akta Penyakit Berjangkit kerana didapati berlegar-legar di beberapa tempat di MBS ketika berada dalam tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) pada Jun tahun lalu.



Dia kemudian ditahan dua minggu di IMH selepas tuduhan itu dibacakan kepadanya.



Mahkamah diberitahu pada Selasa bahawa laporan IMH sudah selesai disiapkan tetapi tiada butiran lanjut mengenai kandungan laporan itu yang didedahkan dalam perbicaraan mahkamah secara terbuka.



Kes ini ditunda hingga 15 Jun bagi tuduhan tambahan dikenakan ke atasnya.



Pesalah kali pertama yang melanggar undang-undang di bawah Akta (Langkah Sementara) Covid-19 boleh dipenjara hingga enam bulan dan didenda hingga $10,000.



Pesalah berulang boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >