Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita hadapi tuduhan seleweng $287,290 dari dana persatuan

Jun 05, 2020 | 02:15 PM



SEORANG wanita berusia 66 tahun telah dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana pecah amanah, menipu dan memalsu akaun.



Polis dalam kenyataannya hari ini menyatakan, wanita itu berdepan enam tuduhan pecah amanah sebagai seorang pekerja dan tiga tuduhan pemalsuan bagi tujuan menipu dan satu tuduhan memalsukan akaun. 



Tertuduh sebelum ini bertugas sebagai pengurus pentadbiran di Persatuan Char Yang (Dabu) Lee Chee, sebuah persatuan yang ditubuhkan pada 1858 untuk memberi bantuan kebajikan kepada masyarakat Hakka.



Menurut polis, antara Mei 2013 dan Disember 2018, wanita itu didakwa menyalahgunakan bayaran sewa dan bayaran kegiatan berjumlah $287,290 dari persatuan itu.



Bagi menyembunyikan penyelewengan dana, dia didakwa memalsukan penyata bank, penyata kemasukan wang tunai dan gambar cek dengan tujuan untuk menipu persatuan agar percaya duit sewa dan bayaran untuk kegiatan telah dimasukkan ke dalam akaun bank persatuan. 



Dia juga didakwa memalsukan baucar penerimaan untuk memberi gambaran bahawa Persatuan telah menerima bayaran ini.



Seseorang yang disabitkan dengan kesalahan pecah amanah sebagai seorang pekerja boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan didenda. 



Kesalahan pemalsuan untuk tujuan menipu boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda. 



Kesalahan pemalsuan akaun boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >