SEORANG wanita didakwa di mahkamah semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan kepada tuan rumah berusia 76 tahun dengan senjata berbahaya di sebuah flat di Yishun Sabtu malam lalu.
Woo Mui Mee, 34 tahun, seorang rakyat Malaysia, didakwa menikam Encik William Wong Keng Woo di flat tiga bilik di tingkat dua Blok 114, Yishun Ring Road.