Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita PAP: Usul sedia prasekolah dimampui, hapus had usia IVF

Jul 31, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA harus sasar membolehkan 80 peratus daripada keluarga dengan anak kecil mendapat tempat di tajaka dimampui dalam jarak 10 minit perjalanan dari rumah.



Selain itu, yuran sekolah boleh dikurangkan kepada lima peratus daripada pendapatan keluarga.



Sebagai sebahagian usaha menggalakkan warga Singapura melahirkan bayi, pihak berkuasa boleh mempertimbang langkah menghapuskan had usia 45 tahun bagi wanita menjalani Persenyawaan In Vitro (IVF).



Demikian antara usulan Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam Kertas Kedudukan yang dikeluarkan semalam.



Sayap itu menjalankan kajian dan mendekati orang ramai, termasuk golongan ibu bapa dan majikan untuk melihat bagaimana cara menyokong keluarga muda.



Usaha itu diterajui sekumpulan Anggota Parlimen (AP), termasuk Cik Sun Xueling (GRC Pasir Ris-Punggol); Dr Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio); Cik Cheng Li Hui (GRC Tampines); Cik Cheryl Chan (SMC Fengshan); Cik Rahayu Mahzam (GRC Jurong); dan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar).



Mereka mendapatkan lebih 2,000 respons menerusi tinjauan media sosial dan mengadakan perbincangan kumpulan fokus (FGD) lebih kecil.



Antara saranan utama mereka adalah memperluas skim pengendali utama (AOP) dan pengendali rakan kongsi (POP) bagi menyediakan tempat buat 80 peratus keluarga dengan anak di prasekolah.



Dalam sidang akhbar di cawangan PAP Fengshan semalam, Cik Sun berkata ramai ibu bapa kini melihat prasekolah sebagai satu keperluan.



"Jika kita lihat prasekolah sebagai setaraf dengan perumahan dan penjagaan perubatan, kita harus berusaha memastikan pilihan dimampui itu boleh didapatkan sekurang-kurangnya 80 peratus keluarga," ujar Cik Sun.



Mereka pun mengusulkan langkah mengurangkan belanja bagi yuran prasekolah kepada 5 peratus pendapatan keluarga.



Tinjauan kumpulan itu mendapati bahawa keluarga dengan anak di prasekolah, serta berpendapatan $5,000 hingga $12,000, membelanjakan lebih $500 sebulan bagi setiap kanak-kanak prasekolah. Ini setelah mengambil kira subsidi pemerintah.



Satu lagi saranan adalah menyokong pasangan yang menghadapi kesukaran melahirkan anak.



Dengan kemajuan dalam Teknologi Bantuan Penghamilan (ART), risiko perubahan bagi wanita berusia 40 tahun ke atas menjalani prosedur itu berkurangan dan kini lebih selamat.



Oleh sebab itu, wanita perlu diberi pilihan jika mereka ingin menjalani rawatan itu pada usia lebih lanjut, kata kumpulan itu.



Mereka turut menyarankan agar meluaskan lagi semangat inklusif bagi keluarga berkeperluan khas serta kerjasama dengan industri untuk menggalakkan aturan kerja fleksibel.



Mengongsi pengalaman membesarkan anak berkeperluan khas, Dr Intan berkata:



"Sebagai ibu bapa dengan anak keperluan khas, kami hanya inginkan peluang bagi anak menjadi sebahagian daripada masyarakat lebih besar agar mereka boleh kenal pasti kekuatan, potensi mereka."



Kertas kedudukan yang dikeluarkan itu akan dihantar kepada pemerintah untuk dipertimbang.



"Kami akan mendekati orang ramai untuk mendapatkan pandangan mereka lagi mengenai beberapa saranan khusus dan kami akan teruskan perbincangan ini," ujar Cik Rahayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >