Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita perlu proaktif terhadap kesihatan diri: Ye Kung

Mar 06, 2023 | 05:30 AM



GOLONGAN wanita digesa untuk mengambil pendekatan proaktif terhadap kesihatan mereka dengan menjalani ujian atau vaksinasi yang disarankan Kementerian Kesihatan (MOH).



Ini adalah sebagai usaha pencegahan terhadap penyakit yang kerap dihidap wanita seperti barah serviks, barah payu dara, osteoporosis dan lain-lain.



Demikian gesaan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye kung, semasa berucap di acara Festival Wanita SG yang diadakan di Dewan Berbilang Sukan Canberra pada Ahad.



Acara tersebut, yang dianjurkan GRC Sembawang dan bersempena Hari Wanita Antarabangsa, menyaksikan pemberian lima anugerah kepada individu wanita yang telah memberi impak kepada masyarakat melalui gerakan atau pencapaian unggul mereka.



Menurut Encik Ong, yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Sembawang, beliau menggesa agar golongan wanita berjumpa doktor keluarga pilihan untuk menjalani ujian kesihatan.



"Lebih-lebih lagi bagi wanita di peringkat umur yang khusus, anda perlu lakukan vaksinasi bagi barah serviks, ujian mamogram (dan sebagainya).



"Semua ini akan dinasihatkan oleh doktor anda," tambah beliau.



Ini susulan perincian yang dikongsinya baru-baru ini mengenai inisiatif SG Lebih Sihat atau Healthier SG - bertujuan memberi tumpuan kepada penjagaan pencegahan, menangani cabaran penduduk yang kian menua dan memperbaiki hasil kesihatan.



Di bawah strategi itu, penduduk akan dijemput untuk mendaftar dengan satu doktor keluarga pilihan mereka di klinik umum (GP) dan bersama membangun pelan kesihatan yang diperibadikan.



Encik Ong berkata: "GP tahu perubatan am yang luas untuk membantu memastikan anda sihat."



Di samping itu, beliau juga menjelaskan pentingnya bagi golongan wanita untuk kekal cergas kerana risiko osteoporosis - sejenis penyakit yang mana tulang mula reput - lebih tinggi bagi wanita yang melebihi umur tertentu.



"Anda perlu buat senaman jasmani anda dan perlu kekal cergas. Kuatkan tulang anda untuk mencegah osteoporosis," tambah beliau.



Dalam pada itu, festival tahunan tersebut kembali diadakan dalam skala besar-besaran setelah ia diadakan secara kecil-kecilan pada 2022 dan 2021 dek pandemik.



Pelbagai aktiviti fizikal seperti zumba, line dancing dan piloxing diadakan.



Lebih 30 gerai yang meliputi pelbagai aspek kesihatan juga dapat dikunjungi orang ramai.




"Lebih-lebih lagi bagi wanita di peringkat umur yang khusus, anda perlu lakukan vaksinasi bagi barah serviks, ujian mamogram (dan sebagainya)."



- Menteri Kesihatan yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Sembawang, Encik Ong Ye kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >