Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Wanita tikam diri sendiri alami gangguan akibat dadah; dihukum penjara 6 bulan

Jan 19, 2023 | 05:30 AM



WANITA yang mendapat sorotan media selepas menikam diri sendiri di bahagian perut di luar Sekolah Menengah St Hilda di Tampines didapati mempunyai gangguan berkaitan penggunaan bahan perangsang dan opiod.



Pihak pendakwa juga memberitahu mahkamah bahawa gangguan psaikotik disebabkan dadah yang diambil oleh Juliana Abdul Kadir adalah kerana dirinya sendiri.



Juliana, 53 tahun, dihukum penjara selama enam bulan semalam selepas mengaku bersalah kerana memiliki pisau dan mata pisau lipat di luar sekolah tersebut pada 19 September tahun lalu.



Menurut pihak pendakwa, satu laporan dari Institut Kesihatan Mental (IMH) menyatakan bahawa Juliana mengalami gangguan penggunaan opiod dan bahan perangsang (methamphetamine atau Ice).



Timbalan Pendakwa Raya, Wu Yu Jie, memberitahu mahkamah: "Semasa diberkas, tertuduh mempunyai kadar methamphetamine yang berlebihan dan gangguan psaikotik yang disebabkan oleh methamphetamine serta mendengar suara halusinasi dan khayalan akibat paranoia."



"Kini beliau tidak lagi psaikotik dan ... tertuduh mempunyai minda yang siuman semasa kejadian itu."



DPP Wu bagaimanapun menekankan bahawa tidak terdapat kaitan di antara keadaan psaiktriknya dan kesalahan yang dibuat sambil menambah "masih tidak ada sebab untuk menunjukkan yang dia membawa sebilah pisau di tempat awam kerana episod psaikotiknya itu".



Gangguan psaikotik itu adalah secara kebetulan dan tidak berkaitan dengan dakwaan memiliki dua senjata, tambahnya.



Pada 19 September lalu, pihak polis telah menerima panggilan dari seorang saksi sekitar 6.30 petang, yang menyaksikan Juliana membawa pisau semasa berbual di telefon bimbit di Tampines Street 82.



Dia enggan menyerahkan pisau apabila disuruh oleh para pegawai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >