Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita yang gelapkan hampir $570,000 daripada peruncit motosikal Mah dipenjara

Jan 29, 2021 | 10:21 PM



DUA wanita yang bekerja untuk peruncit motosikal terkenal Mah Pte Ltd dihukum penjara kerana menggelapkan hampir $570,000 daripada majikan mereka.


Warga Singapura Kamalasari Kamaludin, 36 tahun, dan Sayeeda Nafisa Osman, 38 tahun, mengambil wang yang dimaksudkan untuk syarikat itu daripada sekurang-kurangnya 457 pelanggan yang membuat pembayaran ansuran.


Mereka menggunakan wang itu untuk menampung perbelanjaan peribadi dan belum memulangkannya, kata mahkamah.


Kamalasari dihukum penjara empat tahun dan empat bulan pada Jumaat (29 Jan) setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan berkomplot untuk melakukan pecah amanah.


Dia juga mengaku bersalah bagi dua tuduhan berurusan dengan hasil kelakuan jenayahnya, lapor The Straits Times. 


Sayeeda telah terlebih dahulu dihukum penjara tiga tahun dan 10 bulan.


Kesalahan itu berlaku pada 2014 dan 2015.


Kedua-dua wanita itu berhenti bekerja di sana pada November 2015 setelah jenayah mereka terbongkar.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >