Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WARGA AKTIF

Warga emas bentuk kumpulan sukan

Persatuan Sukan Senior (Singapura) punya lebih 50 anggota, usia 55 tahun ke atas
Feb 24, 2022 | 05:30 AM



MEREKA memang aktif bermain tenis, dan selain bermain sesama rakan-rakan, semangat bersaing dalam jiwa memanggil mereka menyertai pertandingan.



Malangnya, meskipun pelbagai usaha dilakukan, mereka gagal ditemukan dengan pertandingan yang diadakan untuk warga emas.



Apabila hal itu diketahui oleh pasangan warga emas dan penggemar sukan tenis, Cik Nada Hanisa Abdul Samad, 56 tahun dan suaminya Encik Abu Bakar Ibrahim, 62 tahun, dari situlah timbul idea - mengapa tidak mereka sendiri yang menganjurkannya?



 







Pasangan itu adalah pengasas kumpulan rasmi, Persatuan Sukan Senior (Singapura) atau nama singkatannya SSAS, pada awal 2019 apabila terdapat keperluan untuk menyatukan pemain-pemain tenis warga emas yang mahukan pertandingan yang dikhususkan untuk peringkat umur mereka.



Encik Abu Bakar yang juga jurulatih tenis sepenuh masa, berkata:



"Semasa saya dan isteri saya ke Pusat Tenis ActiveSg di Heartbeat Bedok, kami dapat lihat ada beberapa pemain warga emas yang agak baik, tetapi mereka kurang peluang untuk bersaing.



"Dari situ kami mengambil keputusan untuk menyatukan mereka."



Cik Nada menambah: "Ramai warga emas yang masih bertenaga dan masih bergiat dalam sukan, jadi tujuan kami ialah untuk terus memberi perangsang dan sokongan kepada warga emas ini untuk terus menjalani hidup sihat."



 



Semenjak penubuhan persatuan itu, SSAS telah berjaya mengadakan beberapa pertandingan persahabatan di dalam dan luar negara termasuk di Melaka, Batam, Karimun dan Tanjong Uban di Kepulauan Riau.



Walaupun kebanyakan anggotanya pemain tenis, ia bukan satu kriteria untuk menyertai persatuan itu, tambah Cik Nada.



Kumpulan itu juga menganjurkan kegiatan lain seperti memancing, mendaki bukit, berbasikal dan macam-macam lagi.



Mereka berusaha bertemu sebulan sekali untuk melakukan aktiviti bersama sambil beriadah dengan rakan-rakan.



Baru-baru ini, anggota SSAS menghadiri bengkel kraf membuat dompet kulit.



Selain itu, persatuan itu turut giat membuat kerja-kerja sukarelawan bersama.



Menurut pasangan tersebut, sejauh ini, SSAS sudah mempunyai lebih daripada 50 anggota, yang kesemuanya berusia 55 tahun ke atas.



Anggota tertua, Encik CJ Ng, berusia 77 tahun, dan merupakan Naib Presiden kumpulan tersebut.



Walaupun dalam usianya yang agak lanjut, Encik Ng gemar bersukan dan meluangkan masa bersama rakan-rakannya yang majoritinya sudah bersara.



"Kalau anda dah terbiasa bersukan, anda akan terus aktif dan tidak akan berhenti," katanya dengan penuh keyakinan.



Seorang lagi anggota yang merupakan bekas jurutera Encik Chan Kok Leong, 72 tahun, berkongsi bahawa dia sudah mula bermain tenis lebih 30 tahun dan kini masih ligat bermain tenis setiap hari.



"Menjaga kesihatan itu sangat penting," kata Encik Chan ringkas.



Dia juga prihatin dengan pemakanannya dan elakkan meminum air manis demi kesihatan.



Semasa sekatan Covid-19 diperketat, semua kegiatan riadah terpaksa dihentikan tetapi SSAS tetap memberi perhatian kepada anggota mereka dan berjumpa menerusi dalam talian.



"Ramai di antara mereka yang sudah mempunyai anak-anak yang telah dewasa, jadi warga emas ini sering sepi... kalau tidak ada kegiatan nanti kami stres," kata Encik Abu Bakar.



Mengenai rancangan masa depan, Cik Nada berkongsi persatuan itu akan mengembangkan aktiviti yang dianjurkan supaya lebih ramai warga emas dapat menyertainya.



Dia juga menasihatkan warga muda supaya bekerjasama untuk turut memberi galakkan dan semangat kepada warga emas.



SSAS juga berharap satu hari nanti dapat beroperasi dengan lebih baik jika diberikan sebuah tempat khas supaya anggota-anggota SSAS dapat berkumpul dan melakukan aktiviti seperti bercucuk tanam, mengadakan bengkel digital, dan sebagainya.



"Ini adalah impian kami, dan kami harap kami dapat merealisasikannya dalam masa terdekat," ujarnya.




 "Semasa saya dan isteri saya ke Pusat Tenis ActiveSg di Heartbeat Bedok, kami dapat lihat ada beberapa pemain warga emas yang agak baik, tetapi mereka kurang peluang untuk bersaing. Dari situ kami mengambil keputusan untuk menyatukan mereka."
- Encik Abu Bakar Ibrahim, 62 tahun, jurulatih tenis sepenuh masa yang juga pengasas kumpulan rasmi Persatuan Sukan Senior (Singapura).



"Ramai warga emas yang masih bertenaga dan masih bergiat dalam sukan, jadi tujuan kami ialah untuk terus memberi perangsang dan sokongan kepada warga emas ini untuk terus menjalani hidup sihat."
- Cik Nada Hanisa Abdul Samad, 56 tahun, isteri Encik Abu Bakar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >