Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI S'PURA

Warga emas berusia 60 tahun ke atas mula diundang ambil suntikan penggalak

Mulai semalam, mereka yang sudah terima dua dos sekurang-kurangnya enam bulan lalu diundang ambil vaksin Laluan Akses Khas Pandemik
Sep 15, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH membina benteng pertahanan daripada jangkitan Covid-19 diperhebat dengan warga emas berusia 60 tahun ke atas diundang mulai semalam untuk mengambil suntikan penggalak atau dos ketiga.



Mereka yang sudah menerima dua dos sekurang-kurangnya enam bulan lalu diundang secara bertahap untuk menerima dos vaksin penggalak mRNA Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR).



Undangan itu dikirim melalui SMS di nombor telefon yang mereka gunakan untuk mendaftar sebelum ini. SMS itu mengandungi pautan peribadi bagi membuat tempahan.



Sekitar 900,000 warga tua berusia 60 tahun ke atas layak menerima suntikan penggalak.



Individu dengan sistem kekebalan yang lemah - disebut sebagai 'terimunokompromi' di tahap sederhana hingga teruk - disertakan dalam program itu. Mereka boleh menerima dos ketiga bagi vaksin mRNA yang sama dua bulan selepas dos kedua mereka, mulai hari ini.



Namun mereka harus berjumpa dengan pakar rawatan mereka yang tahu keadaan perubatan mereka, sebelum menerima dos ketiga mereka. Mereka boleh mendapat vaksinasi di hospital atau klinik pesakit luar pakar yang merawat mereka, atau mendapatkan surat rujukan daripada doktor mereka, dan pergi ke mana-mana pusat vaksinasi untuk dos ketiga itu.



Di samping itu, mulai ini, lebih ramai pesakit Covid-19 yang sudah menerima vaksin penuh boleh menjalani pemulihan di rumah.



Skim pemulihan di rumah itu, menyusuli satu percubaan melibatkan 21 individu sebelum ini, akan secara progresif diluaskan kepada pesakit berusia hingga 50 tahun.



Ini dilakukan dengan syarat mereka tidak mempunyai penyakit teruk, dan tidak tinggal bersama individu yang mudah terjejas seperti wanita hamil dan warga emas 80 tahun dan ke atas.



Pesakit berusia sekurang-kurangnya lima tahun juga akan digalakkan dibawa pulang ke rumah, setelah mereka dinilai sebagai sesuai untuk menjalani pemulihan di rumah.



Ia adalah antara beberapa langkah yang diumumkan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) Covid-19 dalam satu sidang media Jumaat lalu.



Protokol kesihatan itu dikemas kini bagi memastikan hospital dapat menangani jangkitan kes Covid-19 yang meningkat dan dijangka terus naik beberapa minggu ini, dan kapasiti penjagaan kesihatan dapat diutamakan bagi kes serius.



Bilangan kes meningkat daripada lebih 200 kes pada 3 September kepada 607 kes baru kelmarin.



Pengerusi bersama pasukan itu, Encik Ong Ye Kung, yang juga Menteri Kesihatan, berkata kes itu boleh meningkat hingga lebih 1,000, dan malah lebih 3,000 sehari.



Peningkatan kes telah dilihat berlaku di negara lain, ujarnya.



Bilangan kes serius yang memerlukan bantuan oksigen di hospital juga meningkat, daripada 35 kepada 54 kes kelmarin.



Pasukan itu menyatakan tempoh dua hingga empat minggu akan datang akan menjadi 'kritikal'.



Pihak berkuasa akan memantau rapat jika kes terus naik menyebabkan lebih ramai perlu dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) atau terkorban.



Dalam pada itu, beberapa penyesuaian lain juga diumumkan, termasuk memendekkan tempoh kuarantin mulai minggu ini. Ia akan dikurangkan daripada 14 hari kepada 10 hari, jika individu diuji negatif di akhir tempoh tersebut.



Tempoh kuarantin itu dikurangkan kerana tempoh inkubasi varian Delta didapati lebih singkat.



Mulai minggu ini juga, kit ujian pantas antigen (ART) akan dihantar ke tempat kerja.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong, yang juga pengerusi bersama MTF, berkata pasukan itu faham kenaikan tinggi kes Covid-19 telah mewujudkan rasa bimbang, lantaran itu perlu bersedia menyesuaikan rancangan.



Menteri Kewangan Lawrence Wong, juga pengerusi bersama MTF, berkata walau langkah sekatan tidak akan diperketat setakat ini, warga Singapura dianjurkan supaya memainkan peranan dengan mengurangkan kegiatan sosial tidak penting, dan kerap menjalani ujian Covid-19.



Ini kerana penularan didapati berlaku di tempat kerja, dalam kegiatan sosial dan di rumah. Kelompok jangkitan besar dilihat berlaku di pusat beli-belah dan pusat tukaran bas.



Sekitar 81 peratus penduduk Singapura telah divaksinasi sepenuhnya sejauh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >