Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas jejak warisan Geylang Serai sambil asah kemahiran digital

May 30, 2022 | 05:30 AM



SAMBIL menyelam minum air.



Warga emas yang mengambil bahagian dalam Jejak Warisan Geylang Serai - Edisi Digital bukan sahaja dapat menerokai bangunan bersejarah, tempat ibadat dan tempat makanan di kawasan tersebut, malah dapat mengasah kemahiran digital mereka juga.



Dilancarkan semalam oleh Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman di Wisma Geylang Serai, Jejak Warisan Geylang Serai - Edisi Digital menyasarkan warga emas dan bertujuan menyokong peningkatan kemahiran digital mereka.



Ini dilakukan dengan memasukkan elemen-elemen digital sepanjang jejak tersebut.



Misalnya, mereka yang mengambil bahagian perlu menggunakan pengimbas kod QR untuk mengetahui lebih lanjut tentang tapak-tapak menarik yang dikunjungi; memanfaatkan aplikasi navigasi atau pemetaan dalam telefon bimbit mereka; serta menggabungkan langkah perjalanan mereka pada aplikasi Healthy365.



Jejak warisan itu ialah hasil kerjasama Juara Integrasi dan Naturalisasi Geylang Serai (INC), Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Geylang Serai dan Pejabat Digital Singapura (SDO) Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan diadakan sempena Festival Digital for Life (DfL).



Semasa pelancaran jejak warisan itu semalam, Encik Fahmi berkata:



"Pandemik (Covid-19) pastinya telah mempercepatkan kadar pendigitalan masyarakat.



"Sedang Singapura dan negara-negara di seluruh dunia terus menggalakkan pendigitalan, keperluan untuk menjadi celik teknologi akan menjadi semakin penting, terutamanya dalam kalangan warga emas kita dalam masyarakat.



"Walaupun lebih ramai warga emas mungkin sudah menjadi celik teknologi semasa pandemik ini, masih terdapat banyak ruang untuk warga emas kami meningkatkan pengetahuan digital mereka.



"Justeru, pelancaran Jejak Warisan Geylang Serai - Edisi Digital merupakan satu langkah penting dalam memastikan warga emas dan masyarakat kita kekal terhubung secara digital."



Dihasilkan pada 2015, jejak warisan itu membolehkan peserta memilih daripada tiga laluan berjalan kaki yang mahu diterokai.



Laluan itu meliputi kawasan yang luas, dari Lorong 22 Geylang ke sebelah timur Eunos Crescent/ Jalan Joo Chiat.



Warga emas yang berminat untuk mengetahui tentang aplikasi yang ditampilkan sebelum mereka menyertai jejak warisan itu boleh mendekati Duta Digital SDO di mana-mana hab masyarakat SG Digital untuk mendapatkan bantuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >