Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas layak dianjur dapat dos penggalak kedua

Dengan musim perayaan yang bakal tiba, risiko dijangkiti Covid-19 lebih tinggi kerana interaksi
Apr 12, 2022 | 05:30 AM



WARGA emas berusia 80 tahun ke atas yang layak menerima suntikan vaksinasi penggalak kedua mereka patut melakukan demikian dengan segera.



Ini lebih-lebih lagi dengan musim perayaan yang bakal menjelang.



Walaupun tidak diwajibkan, suntikan penggalak kedua itu dapat memberi warga emas perlindungan tambahan terhadap Covid-19, kata doktor yang dihubungi Berita Harian.



"Warga emas berusia 80 tahun ke atas biasanya mempunyai imuniti yang lebih rendah, dan ramai juga yang mempunyai penyakit kronik sedia ada, menjadikan imuniti mereka lebih rendah lagi.



"Oleh yang demikian, golongan ini akan mendapat manfaat daripada vaksin penggalak Covid-19 tambahan," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Specialist Care Group (SCG) merangkap Pengarah Eksekutif IAPPS Health Group (IHG), Profesor Madya Dr Abdul Razakjr Omar.



Dr Razakjr menambah bahawa dengan musim perayaan yang bakal tiba, risiko dijangkiti Covid-19 akan lebih tinggi kerana akan berlaku lebih banyak interaksi antara manusia.



"Saya berpendapat adalah bijak untuk mendapatkan vaksin penggalak bagi meningkatkan imuniti mereka," ujarnya.



Pada 6 April lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan bahawa bermula 8 April, warga emas berusia 80 tahun ke atas boleh ke pusat vaksinasi, poliklinik atau klinik yang menawarkan khidmat vaksinasi bagi mendapatkan suntikan penggalak Covid19 kedua.



Ini berikutan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian menerima usulan Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V) pada 24 Mac lalu bahawa sesiapa sahaja yang berusia 80 tahun ke atas, dan mereka yang menetap di kemudahan jagaan warga emas serta yang lemah secara perubatan harus mendapatkan suntikan penggalak kedua lima bulan selepas menerima suntikan pertama mereka.



MOH menambah bahawa status vaksinasi tidak akan terjejas jika mereka yang layak tidak mendapatkan dos penggalak kedua.



Namun, mereka amat digalakkan mendapatkan suntikan dos penggalak kedua itu untuk melindungi diri mereka, kata kementerian tersebut.



Selain golongan warga senja berusia 80 tahun ke atas, individu berusia 12 tahun ke atas yang lebih terdedah dari segi perubatan dan mempunyai risiko lebih tinggi dijangkiti penyakit disebabkan faktor risiko perubatan boleh mendapatkan suntikan dos kedua penggalak juga sekiranya mereka mempunyai surat doktor bagi perkara tersebut.



Minggu lalu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman melalui catatannya di Facebook, turut menggalakkan lebih ramai warga senja mengambil langkah proaktif untuk mendapatkan suntikan dos vaksinasi penggalak kedua sebelum Hari Raya.



Ini demi melindungi diri mereka dengan lebih baik semasa musim perayaan, katanya.



"Saya sangat menggalakkan mereka yang layak mengambil penggalak kedua untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan dan kesan Covid-19," tulis Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >