Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas maut dalam kemalangan libat bas di Tiong Bahru

Aug 30, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita berusia 80 tahun yang terlibat dalam kemalangan dengan bas privet kira-kira jam 10 pagi semalam meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.



Paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di lokasi dan dilihat memberi rawatan ke atas wanita itu, yang terbaring di sebelah perhentian bas berhampiran Stesen MRT Redhill di Jalan Tiong Bahru.



Polis berkata wanita itu tidak sedarkan diri apabila beliau dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) di mana warga emas itu kemudian meninggal dunia.



Seorang saksi berkata, wanita itu dirempuh bas ketika beliau sedang melintas jalan.



Pemandu bas lelaki berusia 49 tahun itu telah ditahan kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian dan siasatan sedang dijalankan, kata polis.



Akhbar The Straits Times telah menghubungi pengendali bas privet Sin U Lian untuk maklumat lanjut.



Menurut kajian, kadar kematian kemalangan jalan raya Singapura bagi setiap 100,000 penduduk menurun dengan ketara dari 2019 hingga 2020.



Daripada 2.07 kematian bagi setiap 100,000 orang, angka itu turun kepada 1.49 bagi setiap 100,000 orang.



Ini jumlah kematian terendah akibat kemalangan jalan raya sejak 1981.



Penurunan ketara dalam jumlah kematian pada 2020 sebahagiannya disebabkan oleh pandemik Covid-19, yang menyaksikan jalan raya menjadi kurang sesak, terutamanya semasa tempoh pemutus litar April dan Mei pada 2020 apabila pergerakan dan aktiviti dihadkan.



Angka-angka itu, kata Komander Polis Trafik Gerald Lim, adalah anomali kerana trafik yang kurang sesak pada tempoh itu.



Namun, kadar kematian pejalan kaki warga emas ialah 83 peratus daripada keseluruhan pejalan kaki pada 2020, meningkat daripada hampir 70 peratus pada 2019.



Warga emas adalah kumpulan yang sangat terdedah kerana tindak balas mereka yang semakin perlahan mengikut usia.



Polis Trafik sedang meningkatkan usaha meyakinkan golongan ini supaya menggunakan lintasan pejalan kaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >