Warga emas kini boleh meneroka tempat bersejarah di Singapura dengan ditemani rakan seusia yang berpengetahuan tentang kawasan tersebut. Kelmarin, Lembaga Warisan Negara (NHB) dan Pusat Kaunseling Sage melancarkan program teroka warisan bagi warga emas yang akan dipandu oleh duta emas sendiri. Dinamakan ‘Reminiscence Walks’ atau Jalan-Jalan Kenangan, program teroka itu diadakan setiap bulan dengan setiap sesi berlangsung selama empat jam. Tempat bersejarah yang dimuatkan termasuk Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen, Taman Warisan Melayu dan Pusat Warisan India.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Warga emas susuri jalan kenangan, kegiatan masa lampau
Dec 20, 2018 | 05:30 AM