Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas terkorban dalam kemalangan di Woodlands

Sep 27, 2018 | 12:07 PM



SEORANG lelaki berusia 80 tahun meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan bas mini semasa beliau sedang menyeberang jalan di Woodlands Avenue 3 malam semalam (26 September). 



Pemandu bas mini berusia 58 tahun telah diberkas, menurut polis hari ini semasa memberikan respons kepada pertanyaan pihak media. 



Pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian melibatkan bas mini dan seorang pejalan kaki di Woodlands Avenue 3 ke arah Woodlands Avenue 5 sekitar 5.45 petang. 



Pejalan kaki berusia 80 tahun itu tidak sedarkan diri semasa dibawa ke hospital Khoo Teck Puat, dan meninggal dunia tidak lama selepas itu, menurut polis. 



Menurut laporan The Straits Times, lelaki tersebut sedang menyeberang di laluan pejalan kaki manakala bas mini itu dipandu terus pada masa itu. 



Siasatan polis masih diteruskan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >