Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas yang terima suntikan penggalak Covid-19 3 kali kurang kemungkinan mati atau sakit kritikal: Ong Ye Kung

Jun 20, 2022 | 07:02 PM



WARGA emas yang telah mengambil suntikan vaksin penggalak didapati tiga kali kurang kemungkinan untuk mati atau sakit teruk akibat Covid-19, berbanding mereka dalam kohort yang sama yang hanya mendapatkan dua suntikan, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Isnin (20 Jun).


Warga emas dengan ketiga-tiga suntikan mempunyai tiga dalam 1,000 peluang untuk hasil negatif ini, manakala mereka yang telah menerima dua suntikan mempunyai peluang 10 dalam 1,000 untuk perkara ini berlaku.


Mereka yang kekal tidak divaksin berada pada risiko tertinggi, dengan 40 dalam 1,000 kemungkinan kematian atau penyakit kritikal yang memerlukan rawatan rapi.


"Ia membuat perbezaan sama ada anda telah mengambil sifar, satu, dua atau tiga suntikan," kata Encik Ong dalam klip video yang dimuat naik di TikTok, di mana beliau menggesa warga emas untuk mendapatkan suntikan mereka sebelum gelombang Covid-19 seterusnya.


Gelombang jangkitan baru didorong oleh subvarian BA.4 dan BA.5 dan dijangka berlaku pada Julai dan Ogos ini.


"Jadi jangan berlengah lagi - pergi dapatkan suntikan penggalak anda," kata Encik Ong.


Buat masa ini, 80,000 orang berumur 60 tahun dan ke atas belum mengambil suntikan penggalak mereka.


Singapura mula melancarkan program suntikan penggalaknya sembilan bulan lalu, bermula dengan warga emas, penduduk kemudahan penjagaan warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah.


Sejauh ini, 77 peratus daripada jumlah penduduk negara, atau sekitar 4.2 juta orang, telah mendapatkan suntikan penggalak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >