Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga menua: Masyarakat turut berperanan bantu tangani, kata DPM Teo

Pembaharuan kepimpinan negara dengan barisan lebih muda juga penting
Jan 23, 2018 | 05:30 AM



WARGA Singapura perlu memainkan peranan, sama ada secara individu atau dalam masyarakat, untuk membantu diri sendiri, sementara pemerintah berusaha di peringkat nasional untuk menangani cabaran masyarakat yang kian menua.



Ini juga selaras dengan pendekatan yang diambil mengenai kepimpinan negara, yang tidak harus dibiarkan menjadi tua kerana memimpin memerlukan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, semalam.



"Kita perlukan pembaharuan kepimpinan, kerana tidak mahu negara menjadi tebusan kesihatan kohort pemimpin yang lebih senior dan kian menua setiap tahun," kata Encik Teo, yang bercakap di Perspektif Singapura 2018, persidangan tahunan yang dianjurkan Institut Pengajian Dasar (IPS).



Encik Teo menarik perhatian pentingnya memperbaharui kepimpinan negara dengan barisan pemimpin muda yang dapat menyuntik tenaga dan ketahanan.



Namun pada masa sama, penting juga generasi menteri lebih muda menyedari manfaat mempunyai 'lebih ramai senior' dalam Kabinet, kata beliau menjawab soalan yang diajukan seorang peserta persidangan yang ingin tahu sama ada keperluan untuk menambah jumlah warga tua dalam Kabinet dan Perkhidmatan Awam, demi mewakili pandangan warga lebih tua.



Encik Teo, juga Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, akur adalah menguntungkan mempunyai anggota kanan yang berpengalaman dalam Kabinet - antara ciri unik sistem politik Singapura - di mana mantan perdana menteri kekal berkhidmat dalam Kabinet sebagai menteri kanan dan menteri pembimbing selepas mengundur diri.



Dalam ucapannya pula, Encik Teo menggesar agar warga Singapura mengubah pemikiran tentang penuaan dan memain peranan membentuk masyarakat yang lebih inklusif di rumah dan tempat kerja.



Memberi contoh ekonomi 'gig' atau pekerjaan bebas yang popular dalam kalangan orang muda atau 'millenials', Encik Teo berkata warga tua juga boleh memberi sumbangan.



"Hanya dengan mengubah pemikiran dan usaha bersama... kita dapat membolehkan warga tua kita kekal dalam pasaran kerja selagi mereka mampu dan rela," kata beliau.



Buat masa ini, Singapura mempunyai sekitar 500,000 warga yang berusia 65 tahun ke atas. Jumlah ini dijangka menjadi sekitar 900,000 jelang 2030, kata Encik Teo.



Menurut Encik Teo, berbanding negara lain, Singapura lebih bersedia menghadapi isu penuaan kerana ia telah membina institusi kukuh seperti CPF Life dan Medishield Hayat yang membantu warga mengumpul simpanan bagi hari tua dan menjamin insurans kesihatan sepanjang hayat.



Pemerintah juga memperuntuk bajet setimpal bagi kesihatan, yang dijangka meningkat selaras dengan keperluan negara menua.



Dalam perbincangan lebih awal semalam, pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Ravi Menon berkata kunci mengekalkan ekonomi dinamik dalam negara yang menua ialah sifat inklusif, termasuk masyarakat yang bersedia membayar cukai untuk menyokong golongan yang ketinggalan penyejagatan dan kemajuan teknologi, termasuk golongan tua.



Baru-baru ini, tinjauan IPS melibatkan 2,000 peserta menunjukkan warga Singapura berbelah bagi berkenaan isu pembiayaan perbelanjaan sosial lebih tinggi bagi menyokong warga yang berusia lebih tua.



Dua daripada lima peserta tinjauan berkata mereka tidak selesa jika terpaksa membayar cukai lebih tinggi sebaliknya mahukan pemerintah menggunakan rizab negara untuk tujuan itu. Sejumlah 34 peratus peserta pula menyokong cukai lebih tinggi.




Apa kata Teo Chee Hean mengenai masyarakat menua



PERANAN INDIVIDU DAN KELUARGA



"Kita perlu memikirkan semula pendekatan kita terhadap kehidupan dan penuaan, supaya kita boleh menjalani hidup yang berpanjangan dan bermakna dengan gembira dan sihat. Kita juga boleh belajar sepanjang hayat untuk meraih kemahiran baru, terus aktif menerusi kerja dan menemui maksud kehidupan menerusi kerja kemasyarakatan dan sukarela, dan meraih kepuasan bersama keluarga."



PERANAN PEMERINTAH



"Kita perlukan pembaharuan kepimpinan, kerana tidak mahu negara menjadi tebusan kesihatan kohort pemimpin yang lebih kanan dan kian menua setiap tahun."



Laporan lanjut persidangan tahunan IPS: Swee Keat: Pemimpin 4G bekerjasama rapat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >