Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga mohon awal tiket NDP kerana mahu saksi secara fizikal

Jun 08, 2022 | 05:30 AM



SEBAIK sahaja permohonan untuk mendapatkan tiket bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) secara undian dibuka pada tengah hari kelmarin, Cik Nia Adawiyah, 36 tahun, terus membuat permohonan dengan harapan dapat menyaksikannya secara fizikal tahun ini.



Kali terakhir beliau dapat menonton NDP secara fizikal adalah sekitar dua dekad lalu.



Beliau membuat permohonan untuk empat tiket bagi menyaksikan NDP pada 9 Ogos nanti.



"Sekiranya saya tidak dapat tiket, saya akan ke lokasi terdekat di mana saya dapat melihat bunga api," kata Cik Nia yang merupakan seorang setiausaha.



Pertunjukan NDP bertiket, yang akan diadakan di pentas terapung Marina Bay, kembali lagi tahun ini selepas dihentikan selama dua tahun ekoran pandemik Covid-19.



Orang ramai boleh memohon untuk menghadiri satu daripada tiga pertunjukan perbarisan bertiket, iaitu acara previu NDP pada 23 dan 30 Julai dan hari perbarisan itu sendiri pada 9 Ogos.



Penonton harus divaksin sepenuhnya atau disahkan tidak layak secara perubatan untuk mendapatkan vaksin, kata pihak penganjur.



Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang tidak divaksin akan dibenarkan menghadiri perbarisan.



Seorang lagi yang turut membuat permohanan ialah Cik Suhaida Ramli, 35 tahun, yang cuba mendapatkan empat tiket.



Beliau sudah cuba mendapatkan tiket sejak 10 tahun hingga 15 tahun lalu sebelum pandemik melanda, namun masih belum lagi mendapat peluang menonton NDP secara fizikal.



Menyentuh tentang perjalanan Singapura beralih kepada tahap seterusnya daripada pandemik, teknisyen doktor haiwan itu berkata:



"Saya bersyukur dan gembira kita telah mara ke depan sebagai satu negara."



Permohonan bagi mendapatkan tiket NDP secara undian masih boleh dibuat di laman web rasmi www.ndp.gov.sg/ticketing.



Tarikh tutup bagi permohonan ialah pada tengah hari 20 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >