Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Warga, niaga semakin puas hati dengan khidmat digital pemerintah: Josephine

Feb 25, 2023 | 05:30 AM



SECARA keseluruhan, kepuasan rakyat Singapura terhadap perkhidmatan digital pemerintah telah meningkat daripada 73 peratus pada 2016 kepada 84 peratus pada 2022.



Sementara itu, kepuasan perniagaan terhadap perkhidmatan pemerintah digital juga telah meningkat daripada 64 peratus kepada 79 peratus dalam tempoh yang sama.



Ini dikongsi Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, sewaktu perbahasan perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen pada Jumaat.



Cik Teo, yang juga Menteri Bertangungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber, memberi kemas kini itu sambil berkata bahawa teknologi digital telah membuatkan lebih mudah bagi rakyat dan perniagaan mengakses khidmat pemerintah, mendapat bantuan serta sokongan bila-bila dan di mana-mana ia diperlukan.



Kini, terdapat lima juta pengguna Singpass, dan 4.2 juta menggunakan aplikasi tersebut. Kira-kira 90 peratus daripada semua urus niaga Singpass dilakukan menerusi aplikasi tersebut.



Lebih 1,000 perkhidmatan digital yang ditawarkan perniagaan dan agensi pemerintah berada di MyInfo, yang membantu mengisikan borang digital bagi urus niaga dalam talian.



Sekarang, kira-kira 300,000 urus niaga MyInfo dilakukan setiap hari.



Urus niaga PayNow juga telah banyak meningkat, daripada 144 juta pada 2020 kepada 311 juta pada 2022.



Cik Teo berkata inisiatif Negara Bijak merupakan usaha kolektif, sambil menukil contoh Singapura bekerjasama dan mempelajari daripada negara serta syarikat terkemuka dalam kecerdasan buatan (AI).



Baru-baru ini, Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Israel dan Korea, serta Google dan Samsung.



Terdapat juga kerjasama penyelidikan AI bersama industri, seperti SembWaste, bagi memperbaiki kemampanan sekitaran menerusi kitar semula yang cekap.



Singapura akan terus belajar daripada yang terbaik, membangunkan idea baik, dan menyokong syarikat tempatan yang memanfaatkan AI, tambahnya.



"Lebih penting lagi, kita tidak boleh meninggalkan rakyat kita dalam perjalanan Negara Bijak kita. Kami akan meneruskan usaha kami bagi memastikan perkhidmatan digital kita boleh diakses dan mudah digunakan, oleh semua," ujarnya.



Beliau memberi jaminan bahawa pemerintah akan terus menyediakan pilihan bukan digital bagi perkhidmatan pemerintah yang amat penting.



Usaha kemasukan digital akan dikongsi lanjut sewaktu COS Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), katanya.



Sedang negara menyuntik kesegaran ke dalam strategi Negara Bijak, Cik Teo berkata adalah penting untuk memberi tumpuan pada mempertingkat peluang bagi warga Singapura untuk berkembang maju, memastikan kepercayaan dan keselamatan dalam dunia digital, dan memperkukuh masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >