Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga, pembantu rumah selami kemeriahan Hari Kebangsaan

Pelbagai acara mesra keluarga di Wisma Geylang Serai termasuk persembahan oleh Rahimah Rahim
Aug 08, 2022 | 05:30 AM



BAGI pembantu rumah Cik Baidah Sri Mulyani, 47 tahun, beliau ghairah kerana dapat sama-sama merasakan kehangatan sambutan Hari Kebangsaan di Wisma Geylang Serai (WGS) bersama majikannya petang semalam.



Ini adalah kali pertama beliau, yang telah bekerja di Singapura selama 10 tahun, dapat menikmati kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan di salah satu daripada lima estet perumahan tahun ini.



"Selalunya, majikan saya tidak ke perbarisan (Perbarisan Hari Kebangsaan) jadi saya juga tidak berpeluang untuk merasakankan kemeriahannya, tetapi tahun ini majikan saya datang ke WGS untuk lihat sambutan Hari Kebangsaan Singapura di kejiranan dan ajak saya sekali," katanya tersenyum lebar.



Majikannya pula, Cik Rokiah Hassan, 70-an tahun, berkata beliau ingin menyaksikan sambutan di WGS tahun ini setelah mendapat tahu artis tempatan, Rahimah Rahim, akan mengadakan persembahan.



"Memang selalunya, suami akan bawa saya keluar makan pada hujung minggu... dan hari ini kami putuskan untuk ke WGS sebab ada persembahan Rahimah Rahim dan pada masa sama dapat nikmati sambutan Hari Kebangsaan di sini," ujar beliau, yang tinggal di Pasir Ris itu.



Bagi pembantu rumah warga Indonesia yang ingin dikenali sebagai Cik Rossyta, 39 tahun, pula, beliau dan rakan-rakannya mengambil peluang untuk duduk berdekatan dengan padang bersebelahan WGS untuk menikmati suasana sambutan Hari Kebangsaan.



"Hari Kebangsaan Singapura berdekatan dengan Hari Kemerdekaan Indonesia yang berlangsung pada 17 Ogos dan kami mahu menikmati kemeriahan suasana di sini dan mengenang kembali kemeriahan yang sering kali kami alami di Indonesia ketika menyambut Hari Kemerdekaan kami," kata beliau, yang telah bekerja di Singapura selama tujuh tahun.



Semalam, penduduk di daerah South East berpeluang menikmati sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung di padang bersebelahan WGS dan juga di WGS sendiri, dari 4 petang hingga 9 malam. Ia sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan di kejiranan sepanjang hujung minggu lalu.



Sambutan Hari Kebangsaan Estet Perumahan 2022@South East yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, East Coast dan Marine Parade GRC itu mengetengahkan pelbagai aktiviti sampingan termasuk pelbagai persembahan budaya dan juga persembahan pentas termasuk oleh artis tempatan Rahimah Rahim.



Kawasan WGS yang telah dibahagikan kepada sepuluh zon itu memberikan para penduduk dan juga keluarga peluang untuk meneroka aktiviti dari kegiatan sukan hinggalah ke seni.



Bertemakan "Celebrating Togetherness @ South East", ia juga memaparkan pameran 600 patung beruang kecil yang dilukis oleh penduduk kawasan itu.



Disertakan dengan kod QR, pengunjung boleh mengimbas kod itu untuk mengetahui lebih lanjut kisah-kisah mereka.



Cik Nurul Amirah Arifin, anggota jawantankuasa yang bertanggungjawab bagi publisiti dan komunikasi untuk sambutan Hari Kebangsaan di WGS berkata:.



"Sejajar dengan tema "Celebrating Togetherness" tahun ini, kami telah memastikan bahawa semua aktiviti serta persembahan yang diadakan dapat menarik minat golongan muda dan warga emas supaya para penduduk boleh datang bersama keluarga mereka untuk meraikan Hari Kebangsaan bersama-sama," kata beliau.



Sambutan di WGS itu juga turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat; Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong; Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong; Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng dan Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >