Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga rebut peluang kunjung Istana sempena cuti Deepavali

Nov 05, 2021 | 05:30 AM



RAMAI yang mula beratur di pintu masuk Istana sebelum ia dibuka pada 9 pagi semalam untuk menghadiri rumah terbuka sempena Deepavali.



Mereka yang mengunjungi Istana semalam perlu membuat permohonan tiket lebih awal dan antara mereka adalah Cik Lim Mui Eng, 50 tahun.



Beliau seorang jurutera mekanikal, yang hadir bersama sepupunya berkata:



"Kami sangat suka melancong tetapi waktu pandemik tidak banyak yang boleh kami lakukan.



"Jadi apabila kami mengetahui Istana akan dibuka kepada orang ramai, kami memutuskan untuk mengambil peluang ini untuk melakukan sesuatu yang berbeza," kata Cik Lim.



Untuk mengunjungi Istana, mereka yang membuat permohonan tiket perlu memilih slot yang bermula pada pukul 9.00 pagi, 11.00 pagi, 1.00 tengah hari atau 3.00 petang. Setiap permohonan adalah terhad kepada dua tiket. Tiada bayaran dikenakan untuk tiket-tiket tersebut, yang diagihkan menerusi sistem undian elektronik.



Tiada persembahan, lawatan berpandu, gerai-gerai, trak makanan atau oleh-oleh yang dijual sewaktu rumah terbuka Deepavali itu, menurut Pejabat Presiden.



Duta-duta jarak selamat juga dikerahkan untuk memastikan para pelawat mematuhi langkah-langkah jarak selamat selaras dengan sekatan Covid-19.



Rumah terbuka Deepavali, yang lazimnya diadakan setiap tahun, telah dibatalkan tahun lalu kerana pandemik.



Namun begitu, peluang untuk melawat Istana terbukti tidak dapat ditolak oleh ramai, memandangkan perkarangannya telah ditutup kepada orang ramai sejak Februari tahun lalu sebelum dibuka semula pada 28 Ogos untuk menyambut Hari Kebangsaan.



Presiden Halimah Yacob turut menggalakkan semua rakyat Singapura menikmati cuti umum.



Dalam catatan Facebook pada Isnin lalu, Presiden Halimah berkata:



"Walaupun perayaan tahun ini mungkin dihadkan oleh sekatan Covid-19, saya berharap anda akan mencari cara yang kreatif dan bermakna untuk meraikan perayaan dengan selamat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >