Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S’pura Daren Tang bakal terajui agensi hak cipta intelektual global

Mar 05, 2020 | 08:48 AM



Ketua eksekutif Pejabat Hak Cipta Intelektual Singapura (Ipos), Daren Tang telah dicalonkan sebagai Pengarah Agung baru bagi Pertubuhan Hak Cipta Intelektual Sedunia (WIPO) Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 



Ini adalah kali pertama seorang warga Singapura dicalonkan dalam jawatan kepimpinan sebuah agensi PBB, menurut kenyataan Kementerian Undang-undang (MinLaw) dan Ipos semalam (4 Mac).



Mr Tang, 47 tahun menerima pencalonan memimpin agensi yang membentuk peraturan global bagi hak cipta intelektual dan memantau paten itu, setelah dipilih oleh sebuah jawatankuasa penyelarasan 83 anggota daripada 10 calon. 



Dalam pusingan pengundian terakhir, beliau menerima 55 undian berbanding calon China, peguam Wang Binying, yang terima 28 undian. 



Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengucapkan tahniah kepada Encik Tang menerusi Facebooknya semalam. 



“Saya berbesar hati Jawatankuasa Pencalonan WIPO menyokong Daren. Kita ghairah menantikan Perhimpunan Agung WIPO yang meluluskan perlantikan Daren sebagai Pengarah Agung pada Mei 2020,” tulis Encik Lee sambil menambah kejayaan itu adalah hasil usaha berpasukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >