PADA usia senja mencecah 70 tahun, Encik Sarif Awang masih lagi mencari rezeki sebagai pekerja pembersihan sambilan.
Ini bagi menampung kos kesihatan dan penjagaan anaknya, Cik Noor Azlinah, 43 tahun, yang terlantar sakit di rumah dan tidak mampu bertugas selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu.