Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG boleh buat perubahan pada hidup orang lain: Maliki

Jun 03, 2021 | 05:30 AM



WARGA Singapura mesti diberi peluang untuk merasakan yang mereka boleh membuat perubahan dalam kehidupan orang lain.



Menyatakan demikian dalam ucapannya di majlis pembukaan seminar prauniversiti yang dijalankan secara maya kelmarin, Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohd Maliki Osman, menggalak pelajar di acara itu memberi komitmen ke atas isu yang bermakna bagi diri mereka.



Beliau bagaimanapun mengingatkan tentang pengorbanan yang warga perlu sedia lakukan.



Dalam menerangkan tentang peluang daripada cabaran pandemik Covid-19 yang akan membolehkan Singapura muncul lebih kuat, Dr Maliki berkata warga boleh muncul lebih baik hati dan penyayang sebagai sebuah masyarakat.



"Melebihi pengukuhan jaring keselamatan, sebuah masyarakat yang prihatin hanya dapat direalisasikan jika warga Singapura diperkasa untuk bekerjasama bagi menghasilkan perbezaan positif kepada masyarakat lebih besar," katanya.



Salah satu cara adalah menghubungkan mereka dengan peluang menjadi sukarelawan bagi tujuan yang baik.



"Bersama usaha sektor awam dan swasta, kita dapat melangkah jauh dalam memupuk budaya tanggungjawab bersama untuk satu sama lain, yang membolehkan kita mengharungi sebarang cabaran - bukan hanya yang ditimbulkan oleh pandemik ini - sebagai satu rakyat, " katanya.



Dr Maliki turut menggalak peserta agar menjadi lebih berani melakukan inovasi dan adaptasi.



Beliau juga berkata warga boleh menjadi lebih kuat menerusi ketahanan dan ketangkasan yang lebih hebat. Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata ada keperluan mengamalkan prinsip kebajikan apabila pandangan yang berbeza wujud dan peri pentingnya mengekalkan ruang perbincangan bersama bagi warga Singapura.



Beliau berkata ada juga keperluan bekerja keras bagi memelihara ruang tersebut, supaya warga Singapura terus berasa selamat untuk mengutarakan pandangan yang berbeza-beza. Dr Maliki berkata warga Singapura tidak seharusnya mencapai tahap di mana kita rasa tersinggung terhadap setiap perkara, tanpa mengambil kira perasaan orang lain.



"Kita harus sentiasa bekerja keras untuk memelihara ruang bersama bagi warga Singapura, supaya kita berasa selamat untuk mempunyai pandangan berbeza-beza," ujar Dr Maliki, yang turut berkata warga Singapura tidak harus diganggu dalam talian kerana mempunyai pandangan yang berbeza.



Sebarang perbezaan idea perlu bagi memperkukuh Singapura dan bukan melemahkannya.



"Lebih penting lagi, ruang bersama ini mengingatkan kita bahawa kita semua adalah rakyat Singapura yang bersatu, dengan sejarah, konteks dan budaya yang unik dan perkara yang menyatukan kita lebih besar daripada perkara yang memecah-belah kita," kata Dr Maliki, yang menggesa peserta memikirkan bagaimana mereka boleh memain peranan memperkukuh Singapura dan menyahut cabaran di masa depan. Seminar itu disertai oleh 525 peserta dari 30 institusi prauniversiti. Mereka akan dapat menyertai dialog tentang isu berkaitan keprihatinan negara, terutama dalam konteks pandemik Covid-19 kini serta cabaran dan peluang yang akan timbul. Ia berakhir esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >