Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG, pemilik pas jangka panjang lalui jalan darat tidak perlu isi Kad Ketibaan

Apr 14, 2022 | 05:30 AM



WARGA Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang telah divaksinasi sepenuhnya terhadap Covid-19 tidak lagi perlu mengisi pengisytiharan kesihatan secara dalam talian apabila memasuki negara ini melalui pusat pemeriksaan darat.



Langkah itu berkuat kuasa mulai esok.



Namun, semua pengembara yang tiba di Singapura melalui udara atau laut perlu terus mengisi Kad Ketibaan SG itu.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata semalam langkah untuk mengecualikan keperluan Kad Ketibaan SG di sempadan darat mengambil kira jumlah trafik di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.



ICA berkata langkah ini akan memudahkan pengembara yang layak, terutamanya mereka yang merentasi sempadan setiap hari untuk pekerjaan dan pengajian.



Untuk melayakkan diri bagi pengecualian itu, pengembara tidak harus mempunyai sejarah perjalanan ke mana-mana negara atau wilayah dalam kategori tersekat dalam tempoh tujuh hari yang lalu.



Negara-negara dalam kategori tersekat dianggap oleh Singapura sebagai mempunyai risiko jangkitan Covid-19 yang lebih tinggi. Tiada negara dalam senarai itu pada masa ini.



Mereka yang divaksinasi terhadap Covid-19 di Singapura mesti menunjukkan status vaksinasi mereka dalam aplikasi TraceTogether atau HealthHub.



Bagi mereka yang divaksinasi di luar Singapura, rekod vaksinasi mereka mesti dimasukkan ke dalam pendaftaran Kementerian Kesihatan (MOH) apabila memasuki negara ini pada kali pertama.



Ini boleh dilakukan dengan menghantar sijil vaksin luar negara digital mereka melalui portal semakan vaksinasi ICA sebelum tiba di Singapura.



Jika mereka hanya memiliki sijil vaksinasi luar negara dalam bentuk bukan digital atau tidak dapat menyerahkan sijil digital mereka dalam talian, mereka perlu mengemukakan sijil vaksinasi mereka kepada pegawai ICA di kaunter imigresen secara manual semasa ketibaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >