Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura hilang di Australia

Jan 19, 2017 | 05:30 AM



PIHAK polis di timur Australia sedang mencari maklumat mengenai seorang pemuda Singapura yang dipercayai hilang.



"Polis meminta bantuan orang ramai agar membantu mencari seorang rakyat Singapura yang mungkin berada dalam kawasan bandar Brisbane," kata polis Queensland dalam satu kenyataan akhbar semalam.



Encik Norsyafiq Norman, 23 tahun, kali terakhir dilihat di sebuah hotel di Ann Street di Queensland pada petang Selasa lalu.



Menurut kenyataan tersebut, Encik Norsyafiq tidak muncul pada malam beliau seharusnya berangkat pulang pada Selasa malam.



Beliau juga dipercayai tidak menghubungi keluarganya.



Polis Queensland memberitahu, Encik Norsyafiq mempunyai ketinggian 175 sentimeter, bertubuh langsing dan berambut hitam.



Polis Queensland juga meminta orang ramai menelefon 1800-333-000 atau mengisi borang yang terdapat dalam talian jika mereka mempunyai sebarang maklumat mengenai warga Singapura itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >