Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S’pura cari ibu bapa kandung setelah dijual di M’sia 34 tahun lalu

Dec 24, 2022 | 03:25 PM



SEORANG karyawan sumber manusia, Cik Victoria Ng Hui Min, mempunyai satu hasrat bagi Krismas ini.

Beliau ingin bertemu semula dengan ibu bapa kandung yang telah menjualnya pada harga RM8,000 ($2,443) melalui orang tengah di Selangor, Malaysia, pada34 tahun lalu.


Kira-kira tiga bulan lalu, ibu angkatnya meninggal dunia secara mengejut dalam tidurnya manakala bapa angkatnya berada di rumah jagaan orang tua akibat demensia. 

Walaupun bersedih atas kehilangannya, beliau percaya ini adalah masa  sesuai untuk memulakan pencarian.


Bercakap kepada akhbar The Straits Times, beliau berkata:


“Saya percaya ini adalah masa yang baik untuk memulakan pencarian ibu bapa kandung saya kerana mereka (ibu bapa angkatnya) tidak akan ‘terluka’ dengan pencarian saya.”


Cik Ng menambah bahawa walaupun beliau amat berterima kasih kepada ibu bapa angkatnya, yang tidak mempunyai anak sendiri, ada sesuatu dalam dirinya yang masih mahu mengetahui siapa ibu bapa kandungnya.


Cik Ng, ibu kepada dua anak lelaki, tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai lokasi ibu bapa kandungnya. 

Beliau hanya mempunyai beberapa gambar bayinya.


Satu petunjuk lain adalah keadaan darahnya yang jarang berlaku, yang dipercayai  doktor diwarisi daripada ibu bapa kandungnya.

 

Beliau mempunyai penyakit keturunan sferositosis, keadaan yang dicirikan oleh anemia hemolitik, apabila sel darah merah dimusnahkan lebih awal daripada biasa.


Beliau akhirnya mengetahui keadaan dirinya yang sebenar dua tahun lalu pada Oktober 2020 daripada ibu angkatnya.


Beliau telah dibawa ke Singapura ketika berumur kira-kira empat bulan dan ibu angkatnya juga mendedahkan bahawa tarikh lahirnya telah diubah.


Tarikh lahir sebenar beliau ialah 11 Julai 1988, dan bukan tarikh pada  Ogos, tarikh yang selalu diraikannya.


Krismas ini, harapan Cik Ng ialah untuk berhubung semula dengan keluarga kandungnya. Beliau percaya ibu bapa dan adik-beradiknya masih berada di Malaysia.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >