Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura digesa tunda kunjungan ke Ukraine ekoran ketegangan yang memuncak: MFA

Jan 26, 2022 | 07:52 PM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) menggesa rakyat Singapura supaya menangguhkan semua perjalanan ke Ukraine.



Ini menyusuli ketegangan yang semakin memuncak dan situasi yang semakin berkembang berkenaan dengan Ukraine dan wilayah sekitarnya kata MFA dalam kenyataannya pada Rabu (26 Januari).



Menurut laporan media, ketegangan kian wujud di antara Russia dengan negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat berhubung keselamatan Eropah serta kebimbangan mungkin berlaku pencerobohan tentera Russia di Ukraine.



MFA menambah, rakyat Singapura yang berada di Ukraine dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan memantau berita tempatan de ngan teliti. Mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya demi memastikan untuk keselamatan masing-masing.



MFA menggesa warga Singapura di Ukraine supaya mendaftar menerusi https://eregister.mfa.gov.sg jika mereka belum berbuat demikian.



Singapura tidak mempunyai kehadiran diplomatik di Ukraine.



Rakyat Singapura di Ukraine yang memerlukan bantuan konsular hendaklah menghubungi Pejabat Tugas MFA 24 jam di talian +65 6379 8800/6379 8855 atau menerusi faks di talian +65 6476 7302.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >