Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura dipelawa kongsi harapan bagi Bajet 2023

Dec 04, 2022 | 05:30 AM



WARGA Singapura dipelawa berkongsi pandangan dan harapan bagi Belanjawan 2023 sehingga 13 Januari depan.



Saranan diminta meliputi tiga tema melibatkan Belanjawan tersebut, yang dijadual diumumkan pada Februari, kata Kementerian Kewangan (MOF), unit maklum balas dan penglibatan kebangsaan, Reach dan Persatuan Rakyat (PA), dalam satu kenyataan bersama semalam.



Tema-tema tersebut adalah: Melayari dunia yang tidak menentu dan kompleks, mengukuhkan kompak sosial dan membina sebuah negara berdaya tahan.



Agensi-agensi tersebut berkata sepanjang dua tahun lalu, Singapura bersatu sebagai sebuah negara untuk menyelamatkan nyawa dan pendapatan.



Negara ini kini sedang keluar daripada pandemik Covid-19 dengan cabaran-cabaran baru dalam sebuah negara yang tidak menentu dan kompleks - inflasi lebih tinggi, pertumbuhan yang perlahan, gangguan ekonomi yang lebih kerap, dan ketegangan geopolitik.



Dengan perlunya menangani cabaran-cabaran ini dan sedia untuk merebut peluang baru, warga Singapura digesa menjawab dua soalan ini:



Pertama, apakah cabaran dan peluang bagi keluarga/isi rumah, pekerja, dan perniagaan dalam dunia yang lebih tidak menentu dan kompleks?



Kedua, apakah yang boleh dilakukan lagi bagi menyokong kumpulan-kumpulan ini bagi mengenal pasti dan merebut peluang baru di sebalik ketidaktentuan ini?



Tema kedua mengenai kompak sosial - satu pemahaman yang dikongsi sama tentang bagaimana setiap orang dalam masyarakat berkait antara satu sama lain - bermakna setiap orang patut rasa dihargai dan disokong sepanjang tahap kehidupan.



Warga Singapura boleh memberikan saranan tentang tindakan yang boleh diambil individu dan masyarakat, bersama dengan pemerintah, untuk menubuhkan sebuah kediaman adil dan inklusif, serta mengongsi tentang kumpulan yang mungkin memerlukan lebih banyak sokongan selain kebimbangan mereka.



Mereka juga boleh berkongsi tentang bagaimana mereka fikir pemerintah akan dapat bersama dengan masyarakat untuk menyentuh tentang semua kebimbangan itu.



Berkaitan tema ketiga, pihak agensi akur Singapura mengalami gangguan dalam bekalan penting semasa pandemik, dan terpaksa membuat perubahan yang perlu.



"Apabila perang Ukraine melanda, kita bergerak dengan segera untuk mengukuhkan keperluan tenaga kita.



"Apabila bekalan ayam terganggu, kita membawa masuk sumber-sumber ayam yang baru dari negara lain.



"Kita perlu membina daya tahan yang lebih kukuh agar Singapura boleh bertahan dan menyerap masalah luar serta mengatasi gangguan," kata kenyataan itu.



Orang ramai boleh memberikan idea-idea mereka menerusi beberapa saluran sepanjang tempoh enam minggu.



Ini termasuk laman Singapore Budget, Reach dan Facebook selain Instagram mereka dan juga wadah pendekatan Persatuan Rakyat termasuk media sosial mereka, sesi pendekatan alam maya dan sesi bersemuka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >