Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga S'pura ditangkap, disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam di Melaka

Oct 11, 2019 | 04:08 PM



SEORANG warga Singapura telah ditangkap polis  kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan di sana, menurut akhbar Harian Metro.



Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim berkata, suspek ditangkap dengan kerjasama polis Singapura pada Jumaat (11 Oktober), sehari selepas pembunuhan itu dikesan.



“Waran tangkap dipohon di hadapan Majistret Melaka dan usaha untuk membawa suspek ke Malaysia sedang dijalankan," kata Datuk Mat Kasim.



“Siasatan lanjut akan diteruskan setelah tahanan reman ke atas suspek di perolehi,” tambah beliau.



Insiden itu dikesan pada Khamis selepas siasatan di rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya di Kampung Ladang, Krubong.



Menurut laporan Harian Metro, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah melakukan siasatan bersama Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.



Menurut penyiasat, hanya sebahagian tubuh manusia ditemui di kawasan semak berhampiran rumah mangsa.



Difahami, polis  menemui sekurang-kurangnya lapan keratan tubuh mayat daripada dua mangsa di kawasan semak.



Kata Datuk Mat Kasim: 



“Pihak polis turut menjumpai kesan darah di bilik bawah kediaman tersebut dan percaya kes ini membabitkan seorang lelaki warga Singapura yang ada kaitan dengan mangsa,” katanya.



Dalam pada itu, insiden ini kini tular di media sosial, dengan warga Internet mengaitkannya dengan pembunuhan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan ibunya yang berusia 27 tahun.



Namun polis tidak memberi pengesahan tentang maklumat itu dan menasihatkan pihak awam dan media untuk melaporkan kenyataan rasmi sahaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >