Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura, isteri maut dalam kemalangan di Indonesia

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



KURANG setahun lalu, Encik Firdaus Harun Rashid, kehilangan ibunya yang tersayang pada bulan Ramadan.



Kelmarin, Encik Firdaus, 31 tahun, pula yang pulang ke rahmatullah - juga pada bulan Ramadan - setelah warga Singapura itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jawa Timur, Indonesia.



Isterinya, Cik Amal Sheikh Al Aidros Al Haddad, seorang warga Yaman yang dinikahinya hanya beberapa bulan lalu, juga maut dalam nahas yang berlaku di kota Probolinggo pada 12.10 tengah malam, lapor laman berita Detik.com.



Mereka dilaporkan menaiki kereta Vellfire bersama anggota kumpulan muzik sufi, Debu, dari Indonesia, dan kereta itu telah berlanggar dengan sebuah lori.



Seramai empat penumpang kereta itu dilaporkan cedera dan menerima rawatan di hospital.



Jenazah pasangan itu dijadual pulang ke Singapura hari ini, kata Cik Haliza Harun Rashid, kakak kepada Allahyarham Firdaus, apabila dihubungi Berita Harian semalam.



"Kehilangannya memang dirasakan oleh keluarga kami kerana ibu kami meninggal dunia tidak sampai setahun lalu.



"Adik saya amat sayang kepada ibu, dan kini dia menyusul ibu pergi. Ibu kami (Allahyarhamha Tajunnisa Begum) meninggal dunia pada 30 Ramadan (tahun lalu), adik saya pula meninggal pada 16 Ramadan," ujar Cik Haliza, 40 tahun.



Beliau sekeluarga berada di Surabaya semalam bagi menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke Singapura.



Allahyarham Firdaus merupakan anak bongsu dalam lima beradik.



Beliau, yang tinggal di Malaysia sejak sekitar lima tahun lalu, juga memiliki sebuah restoran di Kuala Lumpur.



Seorang kenalan rapatnya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SimplyIslam.sg, Encik Mohamed Nassir Abdul Sukkur, amat bersedih mendengar tentang berita pemergian pasangan itu.



"Saya baru jumpa mereka lima hari sebelumnya, sebelum mereka bertolak ke Indonesia. Kami di KL waktu itu.



"Beliau dikenali oleh ramai di seluruh dunia kerana minatnya menyimpan barangan peninggalan Rasulullah saw, dan peninggalan oleh alim ulama.



"Minatnya mencari peninggalan itu membawanya berjumpa orang dari seluruh dunia," kata Encik Nassir.



Katanya lagi, Allahyarham baru sahaja memohon visa untuk mengunjungi gurunya, Shaykh Hisham Kabbani, di Michigan, Amerika Syarikat selepas Hari Raya ini.



Menurut Cik Haliza, Allahyarham Firdaus bersama anggota kumpulan Debu baru sahaja menziarahi makam seorang ulama Indonesia, Habib Solih bin Muhsin al-Hamid, atau dikenali sebagai Habib Solih Tanggul, sebelum kemalangan itu.



Berita tentang pemergian Allahyarham disebar luas di media sosial, termasuk dalam kalangan rakan Allahyarham di luar negara, dan turut dilaporkan di Malaysia, selain di Indonesia.



Jenazah Allahyarham Firdaus dan Allahyarhamha Amal dijangka dibawa langsung ke Masjid Pusara Aman apabila tiba di Singapura.



Pengebumian jenazah dijangka diadakan pada pagi ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >