Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura mahu bina masyarakat inklusif: DPM Wong

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata warga Singapura mahu membina sebuah masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang inklusif.



Ini bukan sahaja meliputi masyarakat pelbagai latar-belakang tetapi juga merangkumi mereka yang kurang upaya dan warga emas.



Encik Wong berkata demikian ketika mengulas mengenai dialog Melakar Hala Tuju Singapura di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) malam kelmarin.



Sekitar 110 peserta telah mengemukakan pelbagai topik yang mereka ingin bincangkan mengenai masa depan Singapura semasa dialog tersebut.



Topik tersebut termasuk bagaimana Singapura boleh mewujudkan pendidikan yang lebih pelbagai dan merapatkan jurang generasi antara warga emas dan belia.



DPM Wong, yang juga Menteri Kewangan, mengucapkan terima kasih kepada peserta atas saranan mereka dan memberi jaminan bahawa maklum balas mereka akan diambil serius sebagai sebahagian daripada latihan Melakar Hala Tuju Singapura.



Seorang peserta misalnya mencadangkan agar sekolah mengundang ibu bapa yang bekerja memberi ceramah kepada pelajar di sekolah untuk mendedahkan mereka kepada pelbagai peranan pekerjaan yang lebih luas.



Menyentuh tentang topik-topik yang disarankan itu, Encik Wong berkata:



"Anda telah memainkan peranan dalam memberi cadangan yang sangat berguna dalam memikirkan tentang perubahan yang ingin dilakukan, bagaimana ia boleh dilakukan secara berbeza untuk membentuk Singapura yang lebih baik."



Beliau menambah bahawa membina Singapura yang lebih baik bukan hanya tanggungjawab pihak pemerintah sahaja kerana ia tidak boleh melakukan semuanya.



"Kita juga harus fikirkan apakah perubahan yang boleh dibuat oleh majikan, apakah perubahan yang boleh dilakukan oleh pertubuhan masyarakat dan bagaimana rakyat Singapura boleh mengubah minda, sikap dan jangkaan kita," katanya.



Melakar Hala Tuju Singapura adalah latihan penglibatan awam sepanjang tahun yang dilancarkan pada 28 Jun oleh kepimpinan generasi keempat bagi memperbaharui kompak sosial Singapura sedang pasukan baru melakar tahap pembangunan negara seterusnya.



Usaha tersebut itu akan diakhiri dengan penerbitan laporan pada pertengahan 2023.



Laporan itu akan menetapkan saranan dasar dan mengetengahkan bagaimana segmen masyarakat yang berbeza boleh menyumbang ke arah matlamat yang dikongsi bersama.



Dialog malam kelmarin dianjurkan Reach, unit maklum balas dan penglibatan kebangsaan.



Kebanyakan peserta yang menyertai dialog itu antara usia 36 dengan 55 tahun dan merupakan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen.



Semasa dialog, peserta mengusulkan topik mereka sendiri dan mengundi topik yang ingin mereka bincangkan.



Mereka kemudiannya boleh menyertai perbincangan secara bebas di stesen perbincangan mengenai topik yang mereka ingin sumbangkan idea atau saranan.



Reach berkata, sesi-sesi sedemikian bertujuan untuk memberi peserta autonomi untuk menerajui dan membayangkan bagaimana rakyat boleh bekerjasama dengan pemerintah, bukan sahaja dari segi menimbulkan idea tetapi juga untuk mengenal pasti dan mengusahakan huraian bersama.



"Ini sejajar dengan matlamat latihan Melakar Hala Tuju Singapura untuk mengukuhkan semangat pemilikan kolektif dan perkongsian antara pemerintah dengan rakyat," katanya.



Seorang peserta ialah Encik Mohamed Rashid Jantan, 53 tahun.



Beliau berkata sesi sedemikian memberi peluang kepada beliau mengetengahkan isu-isu yang dekat di hatinya.



"Isu-isu yang dekat di hati saya adalah seperti kesihatan mental dan penjagaan kesihatan. Saya berharap saya dapat mewujudkan kesedaran lebih tinggi mengenai pentingnya untuk Singapura menangani isu-isu sedemikian supaya lebih ramai orang, terutama mereka kurang bernasib baik, dapat meraih manfaat daripadanya," ujarnya yang menyertai dialog sedemikian buat kali kedua.



Bagi seorang penyelidik industri perniagaan, Cik Syarah Ali Imran, 24 tahun, topik yang dikemukakan beliau menjadi antara topik yang paling popular dalam dialog itu.



Beliau telah menyentuh bagaimana kesihatan mental boleh ditangani dalam kalangan anak muda di sekolah.



Menurutnya, topik itu dikemukakan kerana pengalaman beliau sebagai seorang mentor kepada pelajar madrasah sejak akhir tahun lalu hingga Februari tahun ini.



Beliau mendapati kebanyakkan pelajar menghadapi tekanan terutama dalam mengimbangi pelajaran.



"Kini, kesedaran mengenai isu-isu berkaitan kesihatan mental sudah menjadi satu kebiasaan tetapi saya rasa lebih banyak yang perlu dilakukan untuk mengatasi stigma dan mendapatkan penyelesaian menangani isu sedemikian terutama bagi golongan belia.



"Golongan belia adalah masa depan kita dan kita perlu menjaga mereka supaya mereka boleh memimpin Singapura dengan baik pada masa hadapan," ujarnya.




"Isu-isu yang dekat di hati saya adalah seperti kesihatan mental dan penjagaan kesihatan. Saya berharap saya dapat mewujudkan kesedaran lebih tinggi mengenai pentingnya untuk Singapura menangani isu-isu sedemikian supaya lebih ramai orang, terutama mereka kurang bernasib baik, dapat meraih manfaat daripadanya."
- Encik Mohamed Rashid Jantan, peserta dialog Melakar Hala Tuju Singapura.



"...kesedaran mengenai isu-isu berkaitan kesihatan mental sudah menjadi satu kebiasaan tetapi saya rasa lebih banyak yang perlu dilakukan untuk mengatasi stigma dan mendapatkan penyelesaian menangani isu sedemikian terutama bagi golongan belia."
- Cik Syarah Ali Imran, penyelidik dalam industri perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >