Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura maut motosikal terbabas di Lebuh Raya Utara Selatan

Nov 25, 2017 | 03:35 PM



SEORANG lelaki warga  Singapura maut apabila motosikalnya   hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di KM242.2, lebuh raya PLUS arah utara, dekat Plaza Tol Pedas/Linggi, pada Sabtu (25 Nov), menurut laporan dalam talian My Metro.



 Ketua Polis Rembau, Timbalan  Superintenden (DSP) Ibrahim Sharif, berkata mangsa, Allahyarham Shahruddin Ismail, 49 tahun, sedang menunggang dari Singapura ke Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku pada   9.55 pagi.



Menurutnya,  motosikal itu terbabas dan merempuh pengadang besi di tengah jalan.



“Akibatnya, lelaki itu terpelanting dan tercampak masuk antara besi tengah pengadang jalan. Mangsa maut di lokasi,” kata DSP Ibrahim, lapor My Metro.



Mayat Allahyarham  dihantar ke   Hospital Tampin, tambahnya.

Menurut DSP Ibrahim,  keluarga Allahyarham  sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >