Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura terlantar di ICU di Vietnam selepas alami pendarahan otak

Apr 07, 2018 | 05:30 AM



BELIAU sepatutnya pulang ke tanah air Isnin lalu selepas bercuti di Vietnam bersama beberapa temannya sempena cuti umum Good Friday yang lepas.



Namun, Encik Mohd Anand Ibrahim, 54 tahun, kini masih terlantar di unit jagaan rapi (ICU) Hospital Cho Ray di Ho Chi Minh City selepas mengalami pendarahan di otak.



Keluarga pemandu lori itu juga sedang berusaha membawa beliau pulang ke Singapura sementara dua anaknya - Encik Muhammad Fadzrin Mohd Anand, 24 tahun dan Encik Muhammad Fadzlan Mohd Anand, 20 tahun - kini berada di sana untuk menemani Encik Anand.



Ketika dihubungi Berita Harian semalam, anak sulungnya, Encik Muhammad Fadzli Mohd Anand, 26 tahun, berkata bapanya sepatutnya meninggalkan hotel pagi Isnin lalu untuk ke lapangan terbang bagi penerbangannya ke Singapura.



Namun, Encik Anand terpaksa dikejarkan ke hospital selepas beliau rebah dalam bilik hotel serta mengadu kepalanya rasa amat sakit dan berat pagi itu.



Menurut seorang teman yang tinggal sebilik dengannya di hotel itu, Encik Mohamed Yasin Safii, 44 tahun, pihak hotel kemudian membantu mereka menghubungi ambulans dan beliau menemani Encik Anand sementara temannya yang lain pulang ke Singapura.



Encik Yasin pulang ke tanah air kelmarin.



Encik Fadzli berkata bapanya sudah sedar kelmarin dan doktor telah memberi kebenaran semalam untuk membawanya pulang ke sini.



Namun, menurutnya, bapanya perlu dibawa pulang dengan menaiki ambulans udara.



"Kami sudah menghubungi syarikat yang menawarkan khidmat itu tetapi ia akan memakan belanja AS$22,000 ($29,000).



"Sekarang ini, kami masih mencari duit untuk membawa bapa kami pulang," kata Encik Fadzli, seorang pemandu penghantaran.



Selain mendapat sumbangan wang daripada keluarga dan teman-teman, Encik Muhammad Fadzli berkata beliau juga menggunakan laman pengumpulan derma orang ramai Give.Asia dan Ray of Hope Initiative (ROHI) untuk mengumpulkan dana yang mencukupi agar bapanya dapat diterbang pulang ke Singapura.



Namun tambahnya, bil hospital bapanya di Vietnam kini sudah mencecah beberapa ribu dolar dan beliau menjangkakan lebih banyak perbelanjaan diperlukan bagi rawatan lanjut untuk bapanya selepas beliau pulang kelak.



Encik Fadzli juga berkata bapanya tidak dilindungi insurans pelancongan.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata Konsulat Besarnya di Ho Chi Minh City sedang menawarkan bantuan konsular kepada waris Encik Anand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >